Hujung tahun sebegini memang musim hujan dan adakala cuaca diramalkan agak buruk untuk waktu tertentu sama seperti di sesetengah kawasan sekarang yang hujan dan banjir. Semalam MET MALAYSIA telah mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk yang mana ada melibatkan Daerah Cameron Highlands.
Saya ada kongsikana amaran tersebut dalam catatan saya di SINI
Pasti ada yang tak senang duduk dan runsing pula. Maklumlah cuti dah mohon, apartment dah tempah dan anak-anak dah tak sabar nak ke Cameron Highlands, tak kan la nak batalkan semua perancangan bercuti ke sini.
Saya ada menulis catatan mengenai bercuti di musim hujan di Cameron Highlands. Tapi tak pasti dalam catatan mana satu. Susah pula nak ingat.

Apa yang penting anda perlu membuat persediaan dan perancangan. Saya cuba 'recall' balik apa yang saya tulis berkenaan isu ini. Mungkin ringkasan 10 TIPS BERCUTI SEMASA HUJAN DI CAMERON HIGHLANDS di bawah boleh membantu anda membuat apa-apa persediaan dan rancangan.
1. #SEMAK_RAMALAN_CUACA_MINGGUAN:
Semak ramalan cuaca semasa dari laman Web Jabatan Metreologi Malaysia. Mereka adalah pihak berwajib yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam soal ramalan cuaca. Usah tanya Mak Long kat Landon atau Pak Teh di New York yang dah lama tak balik Malaysia berkenaan cuaca di Cameron Highlands Malaysia.
Saya selalu juga buat catatan ramalan cuaca dari MET MALAYSIA setelah ramai yang bertanya contohnya catatan lama saya ini , Klik .
Tapi untuk ramalan cuaca 7 hari yang terkini, lebih baik anda ke Laman Web JABATAN METEROLOGI MALAYSIA untuk kawasan perlancongan Cameron Highlands.

2. #BAWA_PAYUNG_ DARI_ RUMAH
Bawa payung dari rumah yang telah sedia ada. Usah rasa nak beli di sini kerana jika satu payung berharga RM 19 bayangkan anda membeli 3 atau 4 payung untuk sekeluarga. Kan dah belanja lebih tu hanya untuk payung sahaja.
Tapi yang pastinya, anak-anak pasti teruja nak beli dan gunakan payung strawberry di sini.

3. #BAWA_BAJU_SEJUK
Bawa baju sejuk yang sesuai yakni tebal atau kalis angin atau air. Kalau sudah ada, bawak sahaja dari rumah dan kalau tak ada beli di kedai atau gerai bundle di sekitar Cameron Highlands. Banyak baju sejuk dijual dan harganya sekitar RM 10 sehelai ke atas. Di sini rata-rata gerai bundle menjual baju sejuk sebagai jualan utama mereka sebab kalau nak dijual di bawah memang tak terjual kata mereka.
Tapi yang pastinya, anak-anak pasti teruja nak pakai baju sejuk strawberry...... aduiiii ....
4. #BAWA_BAJU_KERING_LEBIH
Bawa bekalan baju yang sedikit lebih kerana mana tahu anda dan ahli keluarga anda akan selalu kebasahan akibat hujan dan memerlukan baju kering yang lebih. Nak tunggu baju basah untuk kering memang sukar dan mengambil masa di sini.
Nak keringkan bawah kipas? Selamat mencari kipas di rumah dan apartment di Cameron Highlands.

5. #BAWA_TOTO
Bawa toto lebih dari rumah sebab kalau anda menyewa di apartment percutian. Selalunya memang ada disediakan toto tambahan tetapi lebih baik anda tanya dahulu kepada pemilik apartment anda samada ada disediakan toto lebih. Kalau di Hotel biasanya tidak dibekalkan selimut lebih.
Bukan apa takut malam nanti berebut toto.

6. #RANCANG_PERJALANAN
Rancang persinggahan anda mengikut cuaca. Jika cuaca baik, utamakan kawasan terbuka dahulu seperti ladang teh dan kea farm atau pasar malam. Kalau dah hujan anda boleh memilih kawasan lawatan yang tertutup atau dalam kawasan bangunan seperti Big Red Strawberry, Lavendar Garden, Mardi dan sebagainya.
Tapi bergantung juga dengan kesesakan jalan raya. Rugi pula nak berulang alik ke kawasan terbuka atau tertutup kerana akan membuang masa pula di atas jalan.

7. #BAWA_BEKALAN_UBAT
Bawa bekalan ubat asas untuk sakit berpunca daripada gejala cuaca seperti demam dan selsema dari rumah. Bukan tak ada klinik di sini tetapi waktu operasi mereka dihujung minggu terhad. Tiada pula yang dibuka 24 jam seperti kawasan rumah atau pekan anda. Farmasi pun ada dua atau tiga sahaja di sini.
Bukan apa, takut anda membuang masa mencari klinik dan kalau tak ada bekalan ubatan, anda tak seronok dan bermaya nak bercuti.

8. #BAWA_BEKALAN_JAJAN
Bawalah bekalan makanan snek atau minuman 3 in 1 dari rumah siap-siap sebab bila sejuk ni memang rasa nak minum minuman panas dan jajan. Dah duduk dalam bilik apartment kalau hujan-hujan memang malas nak keluar tapi perut pula meminta-minta jajan dan air panas. Jadi langkah terbaik sediakan bekalannya awal-awal.
Namun jangan risau, ada banyak kedai runcit dan Seven Elevan di sini untuk anda singgah membelinya.

9.#BERHATI-HATI_MEMANDU
Berhati-hati ketika memandu terutamanya dalam hujan lebat dan berkabus tebal. Jangan tergesa-gesa untuk ke sana-sini tetapi pada masa sama jangan terlalu menyiput pula sehingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain yang ingin segera. Anda mungkin boleh menjadi punca kemalangan kepada pihak yang lain bila anda terlalu merempit atau terlalu menyiput di jalan raya. Catatan mengenai tips memandu dalam kabus ada saya kongsikan dahulu . Klik
10. #PAKAI_STOKING_&_SARUNG_TANGAN.
Kalau anda membawa orang tua dan kanak-kanak, pastikan anda memakaikan mereka stoking di waktu malam untuk mengelakkan sejuk atau kembung perut. Stokin boleh dibawa dari rumah tapi sarung tangan boleh dibeli di Cameron Highlands. Biasanya memang diminta oleh kanak-kanak untuk dipakai.
Jangan kata stoking dan sarung tangan, anda akan lihat ramai pula yang pakai topi kepala haiwan.. Yang budak-budak saya paham la jugak, tapi yang bapak budak pun pakai tu yang sangat menghiburkan..... layaaannn.....

Rasanya itulah dulu kut....
SELAMAT MELANCONG .. BERCUTI ... BERSEJUK DI CAMERON HIGHLANDS.
Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

No comments:
Post a Comment