TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, November 24, 2017

Tips Bercuti Musim Sekolah di Cameron Highlands 2017

Musim cuti sekolah hujung tahun 2017 ni dah tiba mulai hari ini. Cameron Highlands akan dibanjiri ramai pelancong tempatan. Ini sesuatu yang pasti. 


Hari biasa bukan lagi biasa di Cameron Highlands mulai hari ini. Begitu juga hujung minggu bukan lagi hujung minggu biasa. 

Apa yang akan berlaku? Mudah dijangka. Jalan akan sesak. Kawasan tumpuan dipenuhi oleh oleh ramai pengunjung.

Jadi apa yang boleh anda sebagai pengunjung? Saya cuba senaraikan yang hangat dan viral sekarang di Cameron Highlands untuk membantu anda membuat perancangan.

1. KEBUN ANGGUR 
Musim anggur dah bermula sekarang ini di dua lokasi ladang dan kebun anggur di sini. Ladang dan kebun anggur di Cameron Highlands hanya dibuka secara bermusim sahaja.

Secara kebetulannya, musim anggur kali ini serentak bagi kedua-dua lokasi. Tapi kalau ikut pengalaman saya, teknik kawalan tanaman itu menentukan juga waktu pengeluaran seperti bila daun hendak dibuang dan baja buah mula ditambah bagi mengalakan pengeluaran bunga dan seterusnya.

Agak menarik untuk anda pergi malah saya amat mengsyorkan untuk anda menikmati pengalaman yang baru di Cameron Highlands. 

Dua tiga catatan saya mengenai ladang anggur ini.

2. PASAR MALAM CAMERON HIGHLANDS:
Untuk makluman anda, Pasar Malam Cameron Highlands di Sungai Ruil akan dibuka setiap malam mulai Jumaat lepas hingga habis musim cuti sekolah. Ini adalah kebiasan pasar malam yang menjadi tarikan di sini.

Pasar Malam ini akan dibuka seawal 3 petaang hingga 10.30 malam.

Kita menjangkakan akan berlaku kesesakan teruk di kawasan ini terutamanya ruang parkir yang terhad.

Jadi selamat membeli belah.  Panduan Perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands Higlands telah saya kongsikan dahulu di catatan dibawah:

3. CAFE LORONG di KEA FARM
Saya rasa wajar untuk saya syorkan anda singgah di CAFE LORONG di KEA FARM untuk menjamu selera. 

Bukan kerana CAFE LORONG ini popular selepas diviralkan oleh pengunjungnya tetapi kredit wajar diberikan kerana kualiti dan menu makanan yang disajikan berbeza dengan gerai dan restoran makanan yang lain. 

Terletak di barisan Gerai Sayuran MDCH di Kea Farm namun lokasinya bukan di laluan jalan gerai-gerai sayur utama. Anda perlu keluar dari laluan utama Kea Farm dan bergerak ke arah Brinchang.

Saya ada kongsikan catatan pengalaman kami sekeluarga ke CAFE LORONG ini namun anda boleh mencari komen pelanggannya di Facebook mereka dan juga facebook Cameron Highlands Group dan sebagainya.
Berjiran dengan Cafe Lorong ini ada kisah viral juga. Nanti saya kongsikan. 


4. KEDAI SAYUR UNTIE VIRAL di KEA FARM
Yang ini saya kongsikan sekadarnya sahaja. Pertama saya tidak pernah membeli sayur di kedai untie ini walaupun saya sering ke Cafe Lorong di sana. 

Namun kisah untie menjual sayur dalam bungkusan dengan tawaran 16 bungkus RM 10 telah menjadi viral di lamn facebook. Berbanding dengan gerai sayuran lain yang menawarkan 10 hingga 12 bungkus dengan harga RM 10, Untie Sayur Viral ini memang mendapat tumpuan.

Lokasi gerainya sebelah sahaja dengan CAFE LORONG di Gerai Sayur MDCH di Kea Farm. Namun kalau anda nak mencari kedai ini, lokasinya bukan di laluan utama gerai-gerai sayur di Kea Farm tetapi terletak di sebelah jalan utama menuju ke Brinchang sedikit selepas lokasi KEA FARM yang popular. 

Saya sering membeli sayur dengan saudara Untie Viral yang menjual di pasar pagi Tanah Rata setiap Ahad.  Kami beli ikut kilo lebih berbaloi sebab sebagai orang tempatan begitulah caranya setakat ini  berbanding paket sayur.

Saya belum ada catatan untuk Untie Sayur Viral setakat ini. Insyallah kalau saya singgah ke sana saya kongsikan pengalaman tersebut. 

5. LADANG TEH SUNGEI PALAS. 
Lokasi ladang teh terbaik bagi saya untuk dikunjungi adalah di Ladang Teh Sungei Palas yang terletak berhampiran dengan Kea Farm. 

Walaupun lokasinya jauh ke dalam sekitar 4-5 km dari laluan utama, namun percayalah, anda pelu memasukan lokasi ini sebagai lokasi wajib untuk singgah jika ke Cameron Highlands. 

Terdapat Tea Centre yang lengkap dengan pameran sejarah, kilang pemprosesan daun teh, kedai jualan produk teh dan juga yang paling menjadi tumpuan adalah Cafe mereka yang menyajikan bukan hanya hidangan yang menarik tetapi pandangan ladang teh yang sangat cantik.

Laluan masuk agak kecil dan di waktu cuti sebegini akan sesak dan perlu bertolak ansur dengan pengguna yang lain namun hayati keindahan sepanjang jalan ini yang memukan pemandangannya. 

Ada beberapa catatan awal saya mengenai Ladang Teh Sungei Palas ini. Antaranya:

Yang lain saya kongsikan kemudian yaaaa...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock