Saya ada membuat catatan mengenai projek perumahan rumah pertama atau dinamakan sebagai PRIMA di Cameron Highlands.
Dan kini, perumahan Prima mulai dibuka setelah majlis penyerahan kunci rumah dibuat sekitar bulan lalu.
Komplek perumahan Prima yang dibuka setakat ini adalah bagi unit kos rendah dan sederhana rendah manakala unit mewah masih dalam pembinaan.
Saya menjangkakan akan wujud banyak 'Apartment Percutian' di sini. Bayangkan keseluruhan unit adalah 800 dimiliki bukan hanya oleh penduduk di Cameron Highlands malah dikatakan terdapat ramai orang luar yang membeli unit di sini sebagai aset mereka.
Harga asal yang ditawarkan adalah RM 120 ribu bagi unit kos rendah, RM 200 ribu bagi kos sederhana dan bagi kos mewah bermula RM 330 ribu ke atas.
Malah orang tempatan pun ramai yang menyatakan akan membuat apartment percutian.
Tak kisahlah, harta mereka cuma kalau unit kos rendah dijadikan unit apartment percutian, maka objektif asal untuk memberikan rumah kepada pemilikan pertama tidak tercapai.
Di mana lokasi Perumahan Prima Cameron Jaya ini?
Terletak di Jalan Tengkolok, Tanah Rata di mana laluan masuk adalah bersebelahan Balai Polis Tanah Rata atau jika dari arah Brinchang, sama persimpangan ke Golden Hills iaitu Tapak Pasar Malam Cameron Highlands sedia ada sekarang.
No comments:
Post a Comment