Saya tak pandai nak buat sebarang analisa statistik pelancong ke Cameron Highlands. Cuma yang boleh saya buat analisa ringkas adalah seperti berikut:
- Jumlah Pelancong Setahun : 1,007,992 orang
- Purata ringkas sehari : 4,690 orang
- Purata ringkas mingguan : 19,383 orang
- Purata ringkas bulanan : 83,994 orang
Tetapi untuk purata harian dan mingguan tu mungkin kurang sesuai digunakan untuk mengambarkan kepadatan waktu puncak kerana di hari biasa jelas berkurangan.
Jadi saya mengandaikan hujung minggu akan menerima kepadatan puncak sekitar 95% dari jumlah mingguan.
Maka sekitar ringkas hujung minggu seramai 18,414 orang pelancong akan datang ke Cameron Highlands dengan taburan kehadiran pelancong berlangsung selama 3 hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Dan bayangkan kalau setiap pelancong ini datang secara berkereta dengan kapasiti paling kurang 4 orang, maka dalam masa hujung minggu sebanyak 4,603 kereta akan bertambah di Cameron Highlands.
Ini sekadar anggaran kasar aje. Saje buat pandai-pandai nak buat analisa konon. Kena ingat dari jumlah setahun itu, 270 ribu adalah pelancong asing. Cara dan waktu mereka datang adalah mengikut musim cuti panas mereka dan juga cuti sekolah seperti pelancong Singapura dan Thaildan mendominasi jumlah pelancong negara tetangga selain pelancong Jepun yang biasanya akan berkampung selama 3 bulan dibawah Program Japanese Long Stay.
Sama juga dengan taburan cuti pelancong tempatan yang mana beberapa cuti umum puncak juga membawa taburan kedatangan pelancong yang mungkin berganda dari hujung minggu yang biasa.
Selamat menganalisa... Tiada yang salah dan mungkin tepat.
Apapun kenyataannya kami, Cameron Highlands dah menerima sejuta pelancong tahun lepas dan di Pahang hanya Genting Highlands dan Kuantan yang menerima pelancong melebihi angka sejuta iaitu masing-masing menerima 8,230,678 dan 1,838,573 orang pelancong.
Jangkaan tahun 2017, saya rasakan sekitar 900 ribu ke sejuta juga dengan tak banyak perbezaan walaupun tahun melawat Pahang sedang berlangsung kerana tiada usaha yang lebih dan berbeza dari tahun sebelumnya dan prasarana dan juga agenda menerima pelancong juga tidak ada perubahan di sini.
Maaf untuk saya katakan sebegini. sedih kan......
Saya telah kongsikan maklumat kehadiran pelancong ke Cameron Highlands dalam catatan berikut:
- Jumlah Pelancong tahun 2015
- Jumlah Pelancong tahun 2014
- Rekod Kehadiran Pelancong ke Cameron Highlands
- Jumlah Pelancong Asing ke Cameron Highlands 2016
- Jumlah Pelancong Tempatan ke Cameron Highlands 2008-2016
- Analisa Kehadiran Pelancong ke Cameron Highlands 2016
- Jumlah kehadiran pelancong ke Cameron Highlands 2016
Selamat melancong..selamat bercuti ...
No comments:
Post a Comment