TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, November 15, 2017

1,007,992 Pelancong ke Cameron Highlands tahun 2016

Dalam bertanya kepada diri akan jangkaan saya sendiri jumlah pelancong ke Cameron Highlands tahun 2017, saya baru sedar bahawa saya belum kongsikan jumlah pelancong ke Cameron Highlands pada tahun 2016. 


Saya dah tahu dua bulan lepas dan jumlahnya telah menepati ramalan saya iaitu melebihi 1 juta dalam catatan terdahulu berkenaan jumlah kedatangan pelancong pada tahun 2015, KLIK

Jadi berapa jumlah sebenar pelancong ke Cameron Highlands tahun 2016?

SATU JUTA TUJUH RIBU SEMBILAN RATUS SEMBILAN PULUH DUA atau 1,007,992 pelancong telah menjadi tetamu Daerah Cameron Highlands pada tahun 2016.

Ramai kan? Siapa yang ramai tu? 
  • Pelancong Tempatan : 736,682
  • Pelancong Antarabangsa : 217, 023 
  • Pelancong Asean: 54,287
Soalan saya? Adakah anda sebahagian daripada pelancong yang ke Cameron Highlands 2016?

Kalau benar? Angkat tangan .....baik mengaku...

Nanti saya buat analisa kedatangan pelancong.... macam pandaaaii aje.. kih kih ... 

Tapi kita ulangkaji dahulu data jumlah pelancong ke Cameron Highlands yang pernah saya kongsikan dahulu.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock