TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, November 2, 2017

Cauliflower dan Brokoli Cameron Highlands

Saya nak berkongsikan tips membeli sayuran tanah tinggi di Cameron Highlands. Sebenarnya dah banyak tips-tips berkaitan sayuran tanah tinggi yang saya kongsikan. 

Anda boleh membaca catatan ini di bawah "Label Pertanian" atau anda boleh membuat carian di ruangan carian di atas. 


Sebagai ulangkaji hujung tahun 2017 ini, saya nak kongsikan kembali persoalan adakah sayur "Cauliflower dan brokoli" di tanam di Cameron Highlands dan adakah ianya dijual di sini?

Jawapan saya,  YA.

Keduanya ada ditanam di sini dan dijual di sini. Kedua-duanya adalah produk sayuran asli bumi Cameron Highlands walaupun ditanam dalam skala yang amat kecil oleh petani di sini. 

Namun untuk anda membeli kedua sayuran ini, anda perlu bijak memilih kerana terdapat sayur brokoli dan cauliflower yang diimport dari luar negara turut dijual sama malah dilabelkan sebagai hasil bumi di sini. 

Bagaimana nak kenal cauliflower dan brokoli asli Cameron Highlands? Ciri-cirinya mudah.

Pastikan cauliflower yang anda beli berbentuk kurang cantik bunganya dan berdaun. Kalau cantik sangat bunganya dan tidak berdaun tu, memang dari luar negara tambahan lagi disampul atau dibalut kemas dengan kertas putih.


Manakala bagi Brokoli pula agak susah jugak nak bezakan sebab ada petani yang menuainya tanpa daun. Jadi kalau nak pasti jugak, anda cari yang berserta daun.

Harganya agak mengikut pasaran. Saya tak pasti  sangat. sekitar RM 6 hingga 10 sekilogram.

Selamat membelinya. Tapi di mana ?

Kea Farm dan kawasan sekitarnya pasti ada menjual kedua-dua sayur ini. Mudah untuk anda temui.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock