TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, November 5, 2017

Senarai Poster Apartment Percutian di Cameron Highlands

Ada rakan-rakan saya mencari apartmet percutian untuk musim cuti November dan Disember 2017 ini dan ramai yang tak dapat tarikh yang sesuai sebab dah lewat barangkali.

Saya seperti biasa akan menerima beberapa poster apartment yang mereka dapat dan ditanyakan pendapat mengenai keadaan apartment tersebut dan juga cadangan. 

Malangnya kebanyakan saya tidak dapat memberikan cadangan sebab tak pernah masuk. Ada poster yang diterima tidak mempunyai nombor untuk dihubungi. Dan agak mustahil untuk saya mengenai semua orang di Cameron Highlands yang mengusahakan apartment percutian tersebut. 

Yang selalu saya bantu kalau mereka bertanyakan lokasi apartment poster mereka. Itu mudah untuk dibantu. Namun bukan semua poster yang mereka terima mempunyai info lokasi apartment tersebut.

Saya selalunya kumpulkan sahaja poster tersebut dan kongsikan dalam catatan. Sebab di masa depan kalau kawan tanya saya hanya berikan link catatan ini sahaja. Mudahkan ... 

Anda yang membaca sila hubungi mereka sendiri dari nombor telepon dalam poster tersebut. Tanyalah pemiliknya lokasi apartment mereka dan sebagainya. 

Saya tak kenal mereka. Saya tak pernah menginap di apartment mereka. Masakan boleh saya berikan cadangan kepada anda untuk memilih apartment itu dan ini,.

* Kepada rakan-rakan pengusaha apartment dan homestay, minta lengkapkan poster anda dengan nombor telepon dan lokasi kalau tidak menjadi rahsia besar perniagaan anda. Anda bukan sahaja memudahkan pelanggan anda tetapi juga rakan-rakan di Cameron Highlands yang dijadikan rujukan. Saya tak mintak komisen tau.. sokong kawan-kawan sahaja.

Yang Poster ada perincian nombor telepon saya kongsikan dalam blog saya . Percuma ... mudah kerja saya..  

Antara Koleksi Poster Apartment Percutian yang saya terima dan copy dari facebook:


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock