Dalam berkongsi tip ke Cameron Highlands, jika anda perasan saya mencatatkan beberapa post mengenai Kampung Taman Sedia baik mengenai homestay, chalet, kebun strawberry ataupun sejarahnya.
Dalam menulis catatan kisahnya saya sebenarnya amat menyokong dan mengikuti rapat mengenai perkembangan ekonomi di kawasan kampung ini yang merupakan pekampungan melayu utama di sini biarpun hanya seorang dua pemilik dan penghuninya yang saya kenal sehingga kini.

Jika diimbas 6 tahun yang lalu, di sinilah saya singgah dan menikmati strawberry baik tanamannya, sistem fertigasinya, produk hiliran dan sebagainya.
Mungkin boleh saya katakan berdasarkan pengamatan saya, KHM ataupun Khairani Haji Mohamad merupakan antara pelopor tanaman strawberry bagi kalangan bumiputera di Kampung Taman Sedia.

Tidak cukup dengan itu saya masih ingat bagaimana rakan-rakan saya dari bawah cukup mengemari aiskrim strawberry dan kalaulah tidak salah saya pada 6 tahun yang lalu harganya hanya sekitar RM 1.00 secawan dan kini sekitar RM 2.00 secawan beserta sirap top-up.
Kebun strawberry ini diberikan jolokan KEBUN CONTOH oleh Jabatan Pertanian dan mendapat pengiktirafan SLAM dan sering mendapat kunjungan ramai pelawat.

Apa yang anda boleh perolehi di sini? Pertama tentunya tanaman strawberrynya yang dibangunkan dengan teknologi fertigasi sepenuhnya.
Keduanya sambil melihat strawberry, anda boleh menikmati menu berasaskan tanaman ini seperti jus strawberry, aiskrim strawberry dan menikmati set scone dengan harga RM 14 bagi dua orang yang boleh saya katakan amat berbaloi.

Juga tidak ketinggalan koleksi gambar bersama dengan tanaman strawberry untuk menjadi kenang-kenangan. Juga sebagai bonus anda boleh melihat sendiri pohon anggur yang sudah berusia lebih sedekad dengan buahnya.
2 comments:
saya ingin mengetahui sekiranya khm strawberry farm mengambil pelajar universiti untuk program praktikal
saya rasa terbaiknya anda menghubungi mereka untuk maklumat yang lebih lanjut...
Post a Comment