TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, June 3, 2012

Catatan Perjalanan : Pasar Payang Kuala Terengganu

Benar kata orang, kalau anda ingin mengetahui resam budaya harian samada pemakaian, makanan dan amalan unik sesuatu tempat, rahsianya akan mudah terbongkar jika anda mengunjungi pasar harian mereka. Di sini adalah lubuk dan kawah resipi kebudayaan masyarakat setempat yang begitu dekat dan asli.
 
Maka, jika anda datang ke Kuala Terengganu tidak akan lengkap jika anda tidak singgah dan membeli belah di Pasar Payang Kuala Terengganu.
 

Pasar ini bukan sekadar pasar biasa kerana pasar ini menawarkan 'khazanah' dan 'budaya' Negeri Terengganu dari makanan, pakaian dan pelbagai lagi aneka kraftangan. Siapa yang tidak akan mencari keropok lekor, ikan, udang , dodol, pelbagai juadah kui muih tradisional yang sukar diperolehi di tempat lain.

Siapa pula tidak akan terpikat dengan kehalusan seni yang terpampang indah di kain sutera, songket, batik, baju-baju dan juga pelbagai lagi.

Semuanya ada disini malah tetap menjadi tumpuan biarpun Kerajaan Terengganu telah membina sebuah lagi bangunan baru berhadapan pasar ini bagi memberikan pilihan kepada pengunjung.

Namun pemerhatian saya tidak dapat menandingi keaslian Pasar Payang yang tetap menjadi pilihan pengunjung baik dari Kuala Terengganu mahupun dari luar seperti saya ini. Malah kelihatan setiap bas yang berhenti semuanya berpusu-pusu ke Pasar Payang ini.

Rambang mata untuk memilih antara loggokan keropok ikan kering yang menimbun samada sudah dipek atau ditimbang kilo dan mencari yang terbaik. Begitu juga dengan kuih muih tradisional yang ada diantaranya tidak pernah dilihat apatah lagi di rasa.

Sekadar pendapat peribadi saya jika mahu dibandingkan antara Pasar Payang Kuala Terengganu dan Pasar Siti Khadijah di Kota Bahru yang pernah dikunjungi tahun lepas, kami lebih selesa membeli belah di pasar ini.
Namun, kunjungan kami agak singkat sekitar sejam sahaja malah tidak sempat ke tingkat dua yang menawarkan pelbagai baju, songket, batik dan sebagainya kerana si kecil berdua sudah tidak tahan panasnya.

Malah baru sahaja setengah jam pipi mereka sudah bertukar merah menahan panas. Maklumlah selalu berada di tempat sejuk sesekali dapat panas tepi pantai sebegini tidak tahan lama pula mereka.
Hanya sedikit gambar-gambar ini menjadi cerita selebihnya..   






No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock