TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, June 3, 2012

Nostalgia: SUKMA di Pahang... kenangan lalu..

Bulan Julai yang akan datang iaitu dari 7-16 haribulannya akan berlangsung "Sukan Malaysia ke 14"  di Negeri Pahang Darul Makmur. Ini merupakan kali kedua dalam sejarah Pahang menjadi tuan rumah selepas tahun 1996 yang lalu.

SUKMA kembali ke Pahang sememangnya nampak biasa sahaja tetapi bagi aku terdapat sedikit kenangan yang kembali subur di ingatan kerana terlibat secara tidak langsung temasya dwi tahunan ini . Bagi mereka yang sekadar menjadi penonton, maka temasya SUKMA ini mungkin sekadar sukan biasa yang datang setiap tahun secara rutinnya.  

Mungkin meringkaskan kenangan sebelum dan semasa menghadapi SUKMA lebih mudah untuk dikongsi bersama:

  1. Terlibat sebagai program persedian atlit sukan olahraga. Setiap hari berlatih dibawah bimbingan Jurulatih dari Rusia dan Belarus. Elaun bulanan sekadar cukup makan tetapi sebagai bakal atlit pun sudah mengembirakan.   
  2. Stadium Darul Makmur mendapat wajah baru dengan penambahan  tempat duduk di bahagian grandstand baharu untuk menampung 40 -50 ribu penduduk.
  3. Terminal Bas yakni Terminal Makmur di bina bagi bersebelahan Stadium untuk kemudahan pengangkutan.
  4. Medan Selera di Jalan Mahkota atau dikenali sebagai Taman Kerang di pindahkan ke sebelah stadium dan dikenali dengan Medan Sukma dan kini telah pun dipindahkan lagi.
  5. Kuantan mendapat kemudahan sukan baharu seperti Kompleks Sukpa, Kolam Renang, Stadium Hoki... bolehlah merasa bermain hoki di padang turf.
  6. Asrama kami dinaiktaraf dengan kemudahan baru dan lama. Untungnya mendapat kemudahan ini semasa SUKMA kerana menjadi venue penginapan atlit Bola Tampar. Katil baru , tilam baru , bantal baharu, almari baharu, bilik mandi berwajah baru, dewan makan berwajah baharu, padang berwajah baharu, halaman asrama berturap baharu, TV baharu, serba serbi baharu... tukang masak sahaja yang lama... kih kih ...
  7. Menteri Besar ketika itu Dato Seri Khalil Yaakob terjun berenang di Tasik Paya Bungor untuk membuktikan venue ini selamat dari buaya. Orang kata, 'bapak buaya' turun, maka larilah buaya yang lain ..kih kih ..
  8. Terlibat dalam menjual barangan SUKMA seperti baju, anak patung, key chain, sticker dan pelbagai lagi... teringat Tengku Azizah memborong barang-barang cenderahati Sukma di hadapan Parkson Grand Kuantan.
  9. Sekolah kami terlibat dalam acara persembahan pembukaan SUKMA dan juga pasukan sorak.. sapa yang terpilih diberikan elaun makan sekitar RM 3 seorang, murah tetapi yang penting keseronokan dalam menyumbang menjayakan SUKMA.
  10. Ketika Malam pembukaan stadium penuh dengan penduduk kuantan malah melimpah ke atas balapan.Malah di luar stadium juga penuh dengan penonton yang tidak dapat masuk.
  11. Saingan sengit di antara Azmi Ibrahim dan Watson Nyambek dalam acara 100 meter menjadi tumpuan hangat ... Azmi kalah dan selepas itu ujian air kencingnya juga positif.
  12. Kelibat Sultan Pahang mencemar duli menyaksikan acara SUKMA sepanjang tempoh kejohanan boleh dilihat setiap hari. Malah baginda akan menduduki tempat duduk awam dan beramah mesra dengan penonton yang lain.
  13. Pahang menang emas bolasepak. Stadium penuh malam itu bergema menyaksikan kemenangan itu.
  14. Pahang mendapat tempat ke empat keseluruhan.
Ini sebahagian dari kisah kenangan lama yang ringkas tetapi lebih banyak sebenarnya terutamanya menyaksikan sokongan kepada rakan-rakan yang terpilih mewakili Pahang dan mereka beraksi dengan amat cemerlang. Emas untuk Lompat Jauh dan Kijang, 400 meter, dekatlon dan perak bagi 100 meter wanita yang diperolehi oleh rakan-rakan sepelatihan cukup mengujakan kami yang tidak terpilih tetapi sokongan bagai nak rak tetap diberikan.

Cuma ketika zaman itu masih lagi belajar dan tidak mempunyai kamera. Terasa rugi tidak dapat mengambil gambar sebagai kenangan.

Biarpun tidak berjaya terpilih menjadi atlit SUKMA Pahang, persiapan menghadapi kejohanan ini membuatkan diri  begitu dekat dengan SUKMA ketika itu. Tapi untuk SUKMA kali ini sekadar memerhatikan dari jauh sahaja.

Kali ini Pahang memperkenalkan 4 maskot SUKMA yakni Keluarga Tok Gajah. AKu petik dari salah satu laman web mengenai maskot ini.. 
TAHAN
Nama Tahan melambangkan kemegahan dan kekuatan kepada Negeri Pahang yang mana ia merupakan gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia (dengan ketinggian 2187 meter) dan terletak di Negeri Pahang.
Gunung Tahan adalah Mahkota kepada Banjaran Titiwangsa iaitu banjaran terbesar di Semenanjung Malaysia yang juga merupakan tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia.
IBU (PUTEH)
Nama Puteh sesuai diberikan kepada nama (ibu) iaitu berada di ketinggian 112 meter daripada aras laut. Sumber air juga boleh didapati di kawasan ini.
ANAK LELAKI (RAJAH)
Nama Rajah merujuk kepada gunung yang terletak di Taman Negara Pahang dalam jajaran Gunung Tahan yang mempunyai ketinggian 576 meter (1,890 kaki). Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
ANAK PEREMPUAN (TEKU)
Teku bersesuaian dengan nama (anak perempuan ) dimana kawasan ini berada di ketinggian 158 meter daripada aras laut. Punca air juga boleh didapati di kawasan ini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock