Dapat info Bayaran Masuk ke Mossy Forest mulai 1 March 2019. Hubungi Jabatan Hutan Daerah Cameron Highlands untuk lebih perincikan.
Setakat ini saya masih belum mendapat kepastian penjualan tiket samada melalui pejabat atau akan dibuka kaunter tiket di pintu masuk Mossy Forest.
Caj agak mahal bagi keluarga besar namun memahami keperluan untuk menampung kos penyelengaraan dan juga pemuliharaan kawasan ini memandangkan setiap tahun ianya perlu dibersihkan. Pengunjung ke sini ibarat monyet mendapat bunga kerana mereka masuk dan membuang sampah tanpa rasa bersalah. Namun bukan semua pengunjung bersikap sedemikian.
Perlu ada pengawasan berpanjangan dan juga penyelenggaraan berterusan di sini
Yang agak dibimbangkan akan berlaku pencerobohan di kawasan hutan mossy yang tidak dimasukan dalam kawasan lawatan terutama di laluan mendaki ke pintu masuk sini kelak.
No comments:
Post a Comment