TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, January 10, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Parit Fall

Note : gambar ini tersalah White Balance set up. 
Jika anda mencari-cari tempat perkelahan untuk seisi keluarga, berat hati saya untuk menawarkan lokasi ini iaitu Parit Fall kerana alur sungainya yang menjadi bahagian hilir bagi kegiatan huluan seperti Pekan Brinchang, kebun-kebun pertanian dan penempatan penduduk tidak menjamin kebersihan airnya. 

Namun jika sekadar untuk singgah sambil menikmati bekalan makan tengahari, saya merasakan tempat ini tidaklah silap dan boleh menjadi pilihan dan jika anda ingin bermandi manda di sini, terpulanglah. Alurnya agak pelahan tetapi akan bertukar warna dan deras bilamana hujan di bahagian hulunya. 

Namun inisiatif Pejabat Perhutanan yang menaiktaraf kawasan ini dengan kemudahan tandas, kedai , tempat perkhemahan dan meja makan serta laluan yang selamat menjadikan ianya sesuai untuk kunjungan berkeluarga. 

Namun tidak pula saya pasti bagaimana jika anda ingin berkhemah dan bermalam di sini. Mungkin anda boleh menghubungi Jabatan Perhutanan Daerah Cameron Highlands untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Melalui kawasan Parit Fall ini juga, anda boleh melalui denai ringkas iaitu Denai 4 untuk ke Pejabat Perhutanan ataupun ke Pekan Tanah Rata di mana anda akan menembusi laluan bersebelahan hotel Century Pines. 

Selainnya , saya sertakan gambar-gambar yang saya rakamkan di sini minggu lalu untuk anda dapatkan lebih gambaran yang sebenar. 

White balance yang betul . Air jernih.

Cara untuk ke sini , anda perlu memandu ke Taman Sedia dan menuju ke jalan masuk Parit Fall dan semua kenderaan sesuai untuk mengunjungi kawasan perkelahan ini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock