TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 5, 2016

Cameron Valley Tea House di Jalan Ringlet - Tanah Rata

Saya sekadar nak mengemaskinikan mengenai Cameron Valley Tea House di Jalan Ringlet Tanah Rata yang dimiliki oleh Bharat Groups.

Saya pernah memuatkan kisah di sini kalaiu tak silap 4 tahun lepas. Masih mempunyai kompleks yang sama iaitu sebuah Tea House, Cafe, Kedai Cenderahati (lama tak taip perkataan ini) dan tandas yang istimewa. 


Kenapa saya katakan istimewa sebab unit yang paling hujung mempunyai tingkap ke arah ladang teh dan sangat 'segar' anda yang nak melepaskan hajat dengan pemandangan ladang teh. Mana nak dapat kat tempat lain.


Secara ringkas perubahan yang boleh dilihat adalah ianya makin diperkemaskan dengan laluan ke ladang teh di bawahnya dengan tangga yang lebih selesa. Namun sejak cuti sekolah bulan March baru-baru ini, caj dikenakan kepada pengunjung dewasa dan kalau tak silap RM 2 seorang dengan gelang masuk akan diberikan untuk dipakai di tangan. Kanak-kanak katanya percuma.  


Tea House di sini adalah unit kedua yang dibina dengana jarak hanya 800 meter dengan tea house yang pertama. Satu lagi tea house milik mereka adalah di Kuala Terla dan mudah dikunjungi bagi mereka yang menggunakan jalan Lojing dan Simpang Pulai.


Tea house ini lebih mendapat tempat di kalangan pengunjung kerana lokasi di tepi jalan yang jelas dapat dilihat, kawasan letak kereta yang banyak, pemandangan ladang teh yang lebih luas kerana berada di penghujung ladang sta lebih besar. Malah peluang untuk turun berjalan di celahan pokok teh juga hanya ada di tea house ini dan di Kuala Terla. 


Anda boleh membeli pelbagai perisa teh keluaran jenama Cameron Valley dan paling menjadi pilihan adalah perisa Strawberry mereka di samping pelbagai lagi perisa unik dan rasa asli teh.

Bagi mereka yang nak menikmati teh dengan pemandangan ladang teh yang menghampar dan menghijau di depan mata,  Cafe Teh mereka boleh menjadi lokasi tersebut namun harus diingati harga secawan teh memang mahal kerana anda membeli dan menikmati teh dengan pakej pemandangan ladang teh. 


Jangan kecam saya, bukan saya yang tentukan harganya kerana saya sekadar berkongsikan kisah di sini sahaja. Tak de kena mengena pun ...

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI


No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock