TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 5, 2016

Abang Strawberry di Kampung Taman Sedia


Saya pernah berkongsikan kisah Rezeki Ika dalam catatan tahun 2014 kalau tak silap saya.

Dan hari ini saya nak kongsikan kisah Abang Strawberry pula. Namun apa pula kaitan diantara Rezeki Ika dan Abang Strawberry?

Jawapannya adalah, Rezeki Ika adalah nama lama dan kini ianya dijenamakan dengan nama Abang Strawberry dan ianya mulai dikenali ramai di sini.

Saya telah beberapa kali pergi ke Cafe 200 Seed milik Abang Strawberry yang terletak di Kampung Taman Sedia. Istimewanya ianya terletak dalam kebun strawberry yang dijadikan kiosk jualan. 

Produk yang mendapat tumpuan ramai adalah Sambal Strwberry Ikan Masin. Selain itu, terdapat juga kordial strawberry, jem strwberry dan produk berasaskan strawberry yang lain juga di jual.

Di Cafe 200 Seed, terdapat menu juadah makan pagi dan tengahari yang pelbagai. 

Jadi di kala anda mencari tempat melawat kebun strabwerry dan makan dalam masa yang sama, saya mencadangkan anda ke sini. 

Lawati FB mereka di sini. Klik

Saya akan kongsikan nanti Abang Strawberry Steamboat Cafe di Tanah Rata. 

Saya ingin jelaskan, saya tiada kena mengena dengan Abang Strawberry. Sekadar berkongsikan kisah mereka. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock