Gambar saya pinjam dari Transport Cameron Klik |
5 hari sudah berlalu memasuki bulan Mei 2016.
Yang saya nak kongsikan adalah pengalaman atau cerita yang dialami oleh ramai pelancong yang datang ke Cameron Highlands semasa cuti pekerja yang lalu.
Seperti di jangka, memang berlaku kesesakan teruk dan saya ringkaskan seperti cerita dari rakan-rakan.
Ini bukan kisah dari pengalaman saya sebab saya sendiri bercuti di luar. Lari dari kesesakan di Cameron Highlands, jadi saya sendiri tak dapat huraikan lebih panjang. Ini titipan dari kawan-kawan.
1. Kesesakan teruk dari Kg Raja ke Brinchang yang memakan masa 6 jam perjalanan yang sesak dang tidak bergerak di sesetengah lokasi.
2. Kesesakan kali pertama dari Habu ke Ringlet yang sejauh 11 km buat kali pertama pada hari Ahad.
3. Kesesakan yang teruk memasuki Ringlet sehingga ke Strawberry Besar di sempadan Negeri Pahang dan Perak.
4. Kesesakan yang teruk dari Tanah Rata untuk ke Kea Farm sehingga 4 jam diperlukan berbanding ahanya 15 minit perjalanan di hari biasa.
5. Kesesakan yang teruk untuk memasuki ladang teh di Sungei Palas sehingga tidak bergerak.
6. Kesesakan yang teruk di sekitar Kampung Taman Sedia malah untuk memasuki kampung ini dari Pekan Tanah Rata memerlukan hampir sejam perjalanan berbanding hanya 4 minit di hari biasa.
7. Kedai makan baik di Brinchang atau Tanah Rata penuh dengan pelanggan sehingga tidak menang tangan.
Kisah yang lain saya kemaskinikan nanti.
No comments:
Post a Comment