Ini adalah trek kayuhan yang paling menyeksakan. Diakui oleh semua orang yang terlibat dalam kayuhan walhal jarak kayuhan di sini hanya berbaki 2 km sahaja tetapi peritnya susah nak cerita.
Dengan sudut pendakian melebihi 45 darjah melalui bacaan gadjet darisalah seorang peserta, memang sangat mencabar.
Lokasinya mulai memasuki kawasan hutan simpan yang popular iaitu Hutan Lumut atau Mossey Forest namun bagaikan tidak wujud bagi semua peserta kerana menumpukan kayuhan pendakian.
Ketika ini ada juga peserta yang terpaksa menyerah kalah untukmeneruskan pendakian kerana terlalu penat dan kejang kaki. Pasukan penyelamat kami melalui Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) serta pasukan sokongan yang lain membantu peserta terbabit.
Niat kami, semua peserta harus sampai ke Puncak Gunung Brinchang walau dengan apa cara sekalipun.
Ketika ini, kelihatan juga para marshall memberikan kata semangat kepada peserta yang masih berusaha untuk menamatkan pendakian biarpun menolak basikal mereka..
Anda boleh lakukan.. paras ketinggian ketika ini sudah mencecah 1,950meter dari aras laut ... 80 meter sahaja sahaja lagi perbezaan untuk sampai ke aras 2,030 meter di puncaknya...
Boleh bang.....
No comments:
Post a Comment