TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, May 5, 2016

Seni Jalanan di Lebuh Armenian di Pulau Pinang

Saya nak berkongsikan gambar beberapa lukisan jalanan di dinding kedai di sepanjang Jalan Armenian di Pulau Pinang.


Lama sebenarnya hajat hati nak ke sini setelah lukisan jalanan ini menarik minat pelancong tempatan dan asing ke sini. 

Kisah mengenainya agak popular dan saya sekeluarga memilih untuk singgah sebentar di jalan ini pada 1 Mei 2016 yang lalu. 


Dah dijangkakan, terlalu ramaio pelancong di sini kerana cuti hari pekerja dan agak sukar untuk mengambil gambar secara peribadi di setiap lokasi lukisan dinding. Beratur panjang di bawah terik matahari !! 


Anak-anak saya memang tak tahan dengan panas dan saya sekadar mengambil gambar kosong sahaja setiap kali pertukaran giliran oleh pelancong yang telah lama beratur. 


Kini Art street telah mulai bercambah ke serata pekan besar di Malaysia namun lukisan di Armenian ini tetap menjadi pilihan ramai.  


Saya akan cuba perincinkan catatan ini dari masa ke semasa khasnya mengenai setiap lukisan yang telah dihasilkan di sini. Tapi bila waktu terluang nanti la ya . 


Kalau anda buat carian di google, akan lebih banyak maklumat berkaitan mengenainya boleh anda perolehi. 

Di sini, jika anda tidak larat berjalan atau mencari cara yang lebih unik , menyewa basikal adalah pilihan yang terbaik dan lebih menyeronokan. Itu kisah di lain catatan. 

Cameron Highlands patut ada satu art street berkenaan sejarah daerah ini. Cuma malangnya tiada bangunan lama yang sesuai kecuali di Brichang sahaja yang masih baru usianya berbanding dengan usia daerah ini. 


Namun dalam Rancangan Daerah Tempatan 2030 memang ada peracangan untuk mewujukan Lagenda Trail.. Tapi lama lagi ... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock