Ini adalah siri ke 5 catatan mengenai bunga-bungaan yang terdapat di Cameron Highlands...
Seronok pula melihat koleksi gambar lama mengenai bunga. Dari terperuk dalam hard disk, rasanya nak pula berkongsi di laman ini. Cuma gambar-gambar ini adalah gambar amatur yang dirakamkan sekitar Tanah Rata.
Sebenarnya telah ada 4 siri catatan terdahulu mengenai bunga-bungaan di Cameron Highlands yang pernah saya muatkan di sini.
Antaranya anda boleh klik SINI untuk siri pertama, siri kedua DI SINI dan untuk siri ketiga pula di SINI. Manakala siri keempat pula anda boleh klik di SINI.
Terdapat juga beberapa siri catatan lain yang mengkhususkan kepada jenis seperti bunga Ros, Bunga Dahlia, Bunga Kekwa (Chrisanthemum), 3 siri orkid, orkid liar dan juga cactus. Cuba buat carian dengan kata kunci seperti di atas untuk ke catatan tersebut.
Selalunya bunga di Cameron Highlands adalah dari jenis yang biasa ditanam di kawasan yang beraltitud tinggi dan mempunyai persamaan bunga yang memerlukan cahaya yang kurang dan suhu yang sederhana. Saya terlupa pula nama khas yang digunakan untuk perkelasan bunga dari kategori ini.
Tidak hairanlah kalau bunga-bunga yang sedikit berasal dari kawasan beriklim sejuk banyak ditanam di sekitar Cameron Highlands.
Jangka hayatnya sekitar 3-4 bulan kitar hidup dan biasanya akan ditukar dengan yang baru bagi tanaman perhiasan dan untuk yang tumbuh liar akan berlaku secara semulajadi.
Jangka hayatnya sekitar 3-4 bulan kitar hidup dan biasanya akan ditukar dengan yang baru bagi tanaman perhiasan dan untuk yang tumbuh liar akan berlaku secara semulajadi.
Terdapat koleksi bunga yang bersifat annuals, biennial dan perrinials yang sesuai ditanam ataupun hidup secara semulajadi. Nak tahu apa ke maknanya jenis-jenis bunga ini, apa kata anda membuat carian di google untuk maklumat yang lebih lanjut.
Bunga-bunga ini lebih baik jika tidak berada terus di bawah sinaran matahari sebaliknya perlu berada di bawah lindungan cahaya sekitar 50-70 % bagi mengurangkan impak kepada kesegaran bunga.
Selebihnya saya kongsikan koleksi gambar bunga yang pernah saya rakamkan sekitar Tanah Rata. Mana tahu sambil berjalan hujung minggu, tersesat pula ke nurseri semaian bunga.
Insyallah kalau ada lagi dalam koleksi lama atau membuat koleksi baru akan saya kongsikan kelak kerana bercerita mengenai bunga, tak akan habis kisahnya dan episodnya kalau anda berada di Cameron Highlands.
Antara kegemaran peminat bunga lazimnya terarah kepada kumpulan ros yang segar menguntum di sini namun tidak salah mencuba koleksi bunga yang lain.
No comments:
Post a Comment