Bunga Gerbera ataupun lebih dikenali dengan nama daisy bagi panggilan tempatan. Saya pernah membuat catatan mengenai bunga ini di catatan terdahulu di SINI mengenai asal usulnya yang dipetik dari laman wikipedia.
Namun pencarian maklumat yang lain menemukan saya dengan pelbagai lagi versi cerita mengenai bunga ini.
Apapun tanpa perlu menserabutkan kepala dengan semua maklumat yang bertingkah antara satu sama lain ini, apa kata kita lupakan sahaja.
Apapun tanpa perlu menserabutkan kepala dengan semua maklumat yang bertingkah antara satu sama lain ini, apa kata kita lupakan sahaja.
Yang penting kita menikmati keindahan bunga yang menarik ini.
Penjagaannya agak mudah kerana bunga ini memerlukan persekitaran yang sesuai dengan Cameron Highlands iaitu sekitar 14-24 darjah celcius dengan penjagaan air yang minimum.
Jika anda ke Cameron Highlands, tempat yang terbaik untuk melihat puluhan jenis bunga daisy ini adalah Stesen Mardi di Tanah Rata di mana terdapat plot yang dikhaskan untuk bunga Gerbera ini.
Catatan mengenai Stesen Mardi ini telah saya muatkan dengan beberapa sub tajuk yang memudahkan pembacaan anda kelak.
Buat carian dengan katakunci Stesen Mardi untuk ke catatan yang saya maksudkan.
Antara variati bunga ini yang ditanam adalah seperti Wilma, Hilda Impulse, Plam Beach, Constance dan Viva dan pelbagai lagi.
Dianggarkan setiap pokok boleh menghasilkan bunga di antara 20 hingga 50 kuntum sepanjang tahun.
Daunnya agak lebar dan menghijau menjadikan tarikan kepada ulat pemakan daun manakala bunganya yang lebar dan besar seringkali menjadi tarikan kepada serangga, lebah dan seangkatan dengannya.
Bunga daisy ini boleh dibeli samada sebagai bunga keratan untuk perhiasan dalaman di mana-mana sahaja gerai jualan di sini.
Malah terdapat juga anak-anak pokok daisy berpasu yang dijual di nurseri semaian baik yang bersaiz kecil mahupun yang bersaiz besar serta pelbagai warna sebagai pilihan.
Selebihnya saya berkongsikan gambar yang pernah saya rakamkan di sekitar Stesen Mardi untuk tatapan anda.
Saya mulanya agak keliru di antara daisy dan kekwa kerana rupabentuknya yang seakan sama tetapi mempunyai perbezaan dari segi cirinya.
Untuk catatan bunga kekwa, insyallah saya akan kongsikan nanti di catatan yang lain pula.
Bercerita mengenai bunga, Cameron Highlands adalah tempatnya.. betul tak?...
No comments:
Post a Comment