TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 18, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Dahlia

Bunga pilihan catatan seterusnya adalah bunga dahlia yang mudah dan banyak ditemui ditanam di sekitar Cameron Highlands sebagai penghias laman. 

Dikatakan berasal dari Mexico yang turut menjadi bunga kebangsaan bagi negara itu. 

Terdapat pelbagai pilihan warna seperti unggu, merah, kuning, putih, merah jambu dan pelbagai lagi warna. 

Saya tercari-cari warna biru laut yang pernah dilihat di internet tetapi tidak di Cameron Highlands setakat yang saya temui. 

Bunga dahlia ini secara kasarnya amat cantik dengan kelopak daun yang berpilin-pilin malah kalau anda melihat gambar di internet anda akan temui lagi pelbagai bentuk kelopak bunga ini sebenarnya. 

Apapun saya tak pasti samada kalau anda tanam di bawah sana boleh menghasilkan bunga segar yang besar saiznya berbanding di Cameron Highlands yang amat sesuai ditanam biarpun sekadar di dalam pasu di anjung rumah. Maklumlah rumah rata-ratanya bertingkat-tingkat sahaja di sini. 

Saya mencari-cari carnantion sebenarnya dan sangka saya ini lah bunganya tetapi bila membuat perbandingan di laman internet, kelihat dahlia dan carnantion mempunyai perbezaan di antara keduanya. 

Betul ke? Kalau betul atau tak betul, anda boleh buat teguran di ruang ulasan nanti. Saya pun baru nak berjinak-jinak dengan bunga-bungaan di sini...

Saya tak pasti dari sudut botani tetapi sekadar pemerhatian saya bunga carnation mempunyai kelopak bunga yang besar dan lebih berpilin-pilin dengan perbezaan warna bentuk yang kelihatan sama tetapi ada perbezaannya.

Di Cameron Highlands, nama dahlia digunakan oleh salah sebuah apartment atau Villa Dahlia yang terletak bersebelahan dengan Rosa De La Rossa ataupun Padang Golf MDCH.

Insyallah, kalau saya akan menambahkan lagi gambar-gambar bunga dahlia ini nanti. 
 
 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock