TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, October 23, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands; Bunga Orkid Liar

Bunga orkid liar siri kedua ini saya muatnaikkan sekadar untuk berkongsikan beberapa gambar baru yang saya rakamkan sekitar Tanah Rata. 

Kalau dahulu, saya sekadar merakamkan gambar-gambar secara rawak samada bunga ataupun sayuran, tetapi selepas menukar strategi dengan memfokuskan kepada genre gambar dan spesis tertentu setiap kali memegang kamera, terasa seronok dan lebih 'alert' kata orang dengan persekitaran. 

Malah saya terasa lebih fokus dan seronok mencari maklumat yang berkaitan selepas merakamkan gambar-gambar tersebut. 

Contohnya bunga-bunga orkid yang saya rakamkan ini adalah di sebuah sekolah menengah di Tanah Rata yang mana selalunya saya akan berada di sini setiap hari kerana menjemput orang rumah. 

Namun tidak pernah terlintas sama sekali untuk menangkap gambar orkid malah untuk masuk ke laman orkidnya pun tidak pernah dalam perancangan saya sebelum ini. 

Jadi saya mencadangkan kepada anda yang suka mengambil gambar supaya mewujudkan tema operasi merakam gambar. Namun saya faham, masa anda terbatas di sini berbanding dengan saya yang bebas serta boleh berulang kali.

Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands yang berkongsi laman dengan SMK Sultan Ahmad Shah telah mengambil inisiatif mewujudkan laman orkid mereka tersendiri. Malangnya, ia adalah tertutup untuk kunjungan pelawat dan pelancong. 

Oleh itu saya berkongsikan gambar-gambar orkid dari koleksi mereka dan saya akan membuat 2 catatan yang berbeza iaitu bunga orkid dan orkid liar sebagai membezakan keduanya.

Cuma, jika anda ingin mengetahui mengenai orkid liar ini, saya tidak dapat banyak membantu anda kerana saya sendiri tiada maklumat lanjut mengenainya. Sekadar berkongsi gambar...









Anda tahu nama dan jenis di atas? kongsikan namanya...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock