Untuk catatan yang kali ini, saya berkongsikan lagi bunga-bungaan tetapi jenis yang liar di mana gambarnya saya rakamkan di sekitar Cameron Highlands yang asalnya di belukar, hutan dan terbiar. Yang susahnya, bunga-bungaan ini asalnya memang dari hutan tetapi telah digunakan dalam lanskap bandar yang juga menarik.
Antaranya koleksi paku-pakis atau pepakis yang banyak kelihatan di hutan-hutan di sini. Juga kelihatan adalah orkid liar dan pernah saya berkongsikan catatan mengenainya terdahulu dan Insyaallah saya akan tambah koleksi orkid lair dalam masa terdekat.
Begitu juga dengan melostoma ataupun senduduk yang kalau ditanya kepada pemilik kebun sawit antara musuh utama yang akan dipangkas segera sebelum rimbunan anak kayu ini membesar dan sukar dikawal.
Namun untuk koleksi pertama ini saya ingin berkongsikan dengan jenis Lantana Camara yang mana kalau di kebun sawit akan mudah ditemui dengan warna kuning.
Daunnya berbentuk kasar dan berbulu di bahagian bawahnya.
Batangya adalah dari jenis kayu ranting yang keras dan jika di racun biasanya akan gugur semua daun meninggalkan batang dan boleh hidup kembali.
Lantara camara ini di anggap tanaman liar di Malaysia tetapi tidak di beberapa negara malah menjadi pilihan utama untuk lanskap berasaskan warna kuning, sedikit putih ataupun merah jambu.
Juga dikenali dengan jolokan Spanish Flag atau West Indian Lantara yang tergolog dalam famili Verbenaceae dari istilah botani yang dikatakan berasal dari perdalaman America yang bersuhukan tropical malah menjangkau ke Mexico, Amerika Tengah, Anttilles, Bahamas, Colombian dan juga Venuzuela.
Di Asia Tenggara, Lantana Camara dikatakan dibawa masuk ke Filipina melalui kepulauan Haiwaii sebagai bahan pertukaran botani diantara Kerajaan Amerika dan Filipina sebelum dikelaskan di Taman Botani di Sri Lanka pada awal 1926.
Kini jika anda perasan, Lantana Camara banyak di tanam sebagai tanaman hiasan yang subur dengan warna hijau pohonya dan kunning bunganya.
Di Cameron Highlands, ada nurseri tanaman yang menjual anak pokok ini dan anda boleh juga temuinya meliar di kawasan pinggir hutan sebagai habitat asalnya.
Antara tempat yang mudah ditemui pokok ini adalah di Stesen Mardi, Taman Lily Park dan juga di pinggir jalan.
Cuma daunnya agak terasa tajam dan kasar mungkin kerana terdapat bulu-bulu halus dibawah permukaan daun menjadikannya sukar dan kurang mendapat serangga serangga perosak.
Pohonnya agak rendah dan merimbun separa pinggang dan warna bungganya pula kuning dan sedikit oren menjadikan ianya mudah dilihat biarpun kecil .
Lantara Camara ini mempunyai biji-biji buah yang bertukar menjadi bunga selepas tempoh matanya.
Jika di bawah atau kawasan kebun, petani biasanya akan menghadapi masalah dengan pokok ini kerana rimbunan pokoknya mudah menguasai kawasan sempadan yang terbuka kepada cahaya matahari malah boleh menguasai kawasan laluan bekerja.
Maka selalunya pokok lantara camara ini akan ditebang seawal usianya dan pangkasan dilakukan dibahagian batang berhampiran tanah sebelum disapu dengan racun yang boleh menghalang tunasnya tumbuh semula.
Apapun, bergantung kepada imaginasi kita untuk menerima kehadiran bunga ini samada sebagai hiasan ataupun musuh tanaman yang lain.
Tepuk dada tanya selera...
No comments:
Post a Comment