TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 4, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Rezeki Ika di Taman Sedia

Sebelum terlupa, saya ingin berkongsikan mengenai sebuah lagi premis agrotourism di Kampung Taman Sedia. 

Jika sebelum ini saya berkongsikan ladang agrotoursim strawberry seperti YZ Agro Park , KHM Strawberry Farm dan Ros Chalet, kali ini saya ingin berkongsikan mengenai Rezeki Ika

Satu lagi premis milik bumiputera Melayu yang baru bertapak di Taman Sedia. Seperti yang lain, premis ini menawarkan konsep agrotourism mengenai tanaman  strawberry segar, produk hiliran, cenderahati dan Kafe di dalam satu kawasan pertanian.

Cuma agak menariknya, di Kampung Taman Sedia ini, hanya Rezeki Ika kalau tak silap saya yang menawarkan peluang untuk anda memetik sendiri buah strawberry di plot tanaman. 

Namun peluang menuai atau memetik strawberry ini bergantung kepada musim pengeluaran dan keperluan kepada buah strawberry segar bagi pemprosesan produk hiliran seperti jam, aiskrim, jus dan sebagainya.  

Memang seronok memetik buah strawberry dengan anak-anak berkejaran ke sana sini mencari buah yang besar dan masak dan bersungguh-sungguh menjerit gembira untuk menarik perhatian kita ke sudut tanaman tersebut. 

Malah anak-anak saya berebut-rebut untuk memotong tangkai buah strawberry yang masak ranum. 

Selepas ditimbang dan membayar dikaunter, buah strawberry segar ini dimakan terus dengan mencicah ke dalam coklat cair yang juga dijual di sini. Tetatpi sebelum itu, basuhlah buah strawberry ini di kaunter untuk kebersihan dan kesihatan.

Cuma harus diingat, semasa memetik buah strawberry ini anda perlu mematuhi arahan petugasnya untuk kawasan yang dibenarkan kerana ada jadual meracun yang telah dilakukan. 

Ini demi keselamatan dan kesihatan anda sekeluarga semasa berada di dalam plot tanaman dan mengikut Amalan Pertanian Baik atau APB dan di dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai GAP - Good Agricultural Practices

Dalam amalan pertanian pertanian yang baik, Post Harvesting Interval (PHI) atau tempoh boleh tuai selepas meracun perlu dipatuhi untuk memastikan Minimun Residue Level (MRL) atau kadar paras minimun racun dalam buah strawberry berada dalam keadaan selamat untuk dimakan selepas dituai. 

Malah istilah seperti Re-Entry Interval (REI) atau Tempoh boleh masuk selepas meracun juga perlu dipatuhi bagi mengelakan keracunan akibat sentuhan kepada racun yang baru di sembur. Kesemua maklumat berkenaan peraturan ini dinasihatkan oleh pengeluar racun melalui panduan di label pembungkusannya. 

Berbalik kepada Rezeki Ika ini, jika anda mahu ke sana pastikan anda melalui kawasan surau Kampung Taman Sedia atau Laman Info Kampung ini terus ke penghujung jalan mati. 

Kedudukan berhampiran dengan Jambatan Gantung yang merentasi Sungai Telom untuk ke Pejabat Hutan atau anda boleh menuju ke Pintu Masuk Pejabat Hutan dan meletak kenderaan anda bersebelahan laluan masuk Jambatan Gantung yang sama. 

Pemiliknya masih amat muda sekitar 25 tahun tetapi mempunyai semangat untuk mengusahakan industri kecil ini tanpa ragu. Malah anda akan melihat bagaimana kerjasama beliau dengan UiTM untuk program Tunas Mekar yang melatih bakal usahawan dikalangan graduan UiTM. 

Jangan lupa, berikan sokongan anda kepada beliau ... salute bro...   

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock