TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, October 18, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Azalea

Asalnya, saya mati-mati ingatkan ini adalah bunga Camellia malah saya dah masukan catatan mengenainya dalam catatan camilia. 

Rupanya ini adalah bunga azalea yang tumbuh secara berpohon.

Untuk mengenalinya agak mudah kerana biasanya kelopaknya adalah dari jenis sebaris iaitu 5 kelopak sahaja. 

Pokoknya berbatang kecil dan daunnya juga kecil menjadikan ianya amat sesuai untuk dibentuk seperti bonsai. 



Azalea adalah jenis tanaman berbunga dari keluarga Ericaceae dan genus Rhododendron yang tumbuh di wilayah beriklim sederhana.

Juga tumbuh sebahagian besar Asia Timur dan Amerika Utara.


Azalea boleh mengeluarkan bunga dengan banyak dan boleh memenuhi sepenuhnya pohonya. Malah di sesetengah kawasan atau negeri dan negara, bunganya begitu merimbun dan amat cantik. 


Kalau di Cameron Highlands anda boleh menemuinya di merata tempat kerana mudah hidup malah banyak dijual sebagai bunga hiasan. 


Terdapat pilihan warna yang banyak seperti putih, kuning, merah, unggu dan pelbagai lagi warna yang boleh anda pilih.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock