TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, October 15, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Arkeb Makanan di Tanah Rata

Untuk siri kali ini,  mencari makanan halal kedua yang menumpukan sepenuhnya di Tanah Rata. 

Saya menumpukan arked makanan atau Food Court kerana mudah dikunjungi dan mudah untuk membuat pilihan. 

Pertama ; Arked Makanan MDCH - Lama

Arked Makanan ini merupakan antara yang terawal dibina dan beroperasi di Cameron Highlands iaitu pada tahun 1970 an. 

Terletak bersebelahan arked makanan baru MDCH, atau di tengah-tengah pekan Tanah Rata. 

Lokasi yang mudah dilihat dan menghadap ke jalan raya menjadikan arked makanan ini sentiasa menjadi tumpuan. 

Terdapat 8 kedai makanan yang beroperasi di sini dan yang selalunya menjadi tumpuan adalah kedai makan Zainab Sam yang menguruskan sendiri kedai makan ini sedari mula. 

Kebanyakan kedai makan di sini dibuka untuk sarapan, tengahari, petang dan malam. Terdapat juga gerai kecil sate, pisang goreng dan juga burger di sini.  

Kemudahan parking kereta hanya terdapat di sebelah utara arked ini. 


Kedua : Arked Makanan MDCH Baru.

Arked in merupakan arked yang baru dibina sekitar kurang 10 tahun yang lalu. Bersebelahan dengan arked makanan lama, arked ini bersaiz dua tingkat. Susun atur gerai makanan pula menghadap ke belakang. 

Terdapat 5 buah gerai makanan di sayap kanan dan 5 buah disayap kiri. Manakala tingkat 2 terdapat sebuah kedai makanan manakala satu lagi adalah gerai barangan cenderamata.

Kedai makan sebelah sayap kanan biasanya dibuka pada hari siang dan ditutup pada waktu malam manakala sebaliknya gerai makan di sebelah sayap kiri yang dibuka diwaktu malam sahaja.

Terdapat sebuah kedai sate yang dinamakan Sate Cameron Highlands yang sering menjadi pilihan saya sekeluarga. 

Bahagian hadapan arked ini adalah gerai barangan cenderamata termasuklah koleksi baju-baju yang berlogokan Cameron Highlands. Kemudahan parking kereta terletak di bahagian hadapan dan juga dibahagian belakang yang amat luas. 

Terdapat kemudahan tandas awam yang disediakan beserta Bit Polis Perlancongan yang amat jarang di buka.   


Arked Makanan MDCH Persiaran Camilia

Arked makanan ini adalah yang lama dan agak uzur tetapi masih terdapat keistimewaannya. Antaranya jika anda pengemar laksa, pastinya gerai laksa Kak Mah perlu anda kunjungi kerana agak popular. 

Selain itu, terdapat gerai makanan sarapan pagi di sini. Untuk makanan tengahari terdapat sekurang-kurangnya 3 gerai masakan Melayu termasuk nasi ayam. Juga terdapat 2 gerai makanan masakan Cina di sini. 

Bila waktu malam, selalunya hanya Gerai Kak Nor yang terkenal dengan chicken Chopnya serta soto, mee kari, mee sup dan juga terdapat gerai burger.

Lokasinya terletak dihadapan atau berseberangan dengan Maybank Tanah Rata.


Arked Makanan Orkid:

Dimiliki dan diusahakan oleh secara persendirian. Arked ini juga selalu menjadi pilihan pengunjung kerana terletak bersebelahan jalan raya utama yakni berhadapan dengan persiaran Camilia. 

Terdapat dua kedai makanan tomyan iaitu Gerai Makanan Orkid dan juga Fauzi Tomyam. Selain itu terdapat gerai-gerai kecil makanan seperti yong tau foo, burger, jagung bakar rebus dan cawan serta sate.

Gerai Makanan Orkid dibuka untuk makanan pagi, tengahari, petang dan malam. Manakala Fauzi Tomyan hanya dibuka pada waktu petang dan malam. Kedua-duanya menawarkan steamboat tempatan. 

Yang melengkapi arked makanan ini adalah 6 buah kedai cenderamata dan pakaian Cameron Highlands yang sentiasa dibuka dan mempunyai banyak pilihan untuk anda. Ini memudahkan anda untuk menikmati makanan dan juga membeli barangan cenderamata di sini. 

Tempat letak keretanya bersebelahan deretan kedai-kedai ini iaitu tapak pasar malam yang luas.


Food Camp :

Arked makanan Food Camp merupakan antara yang terbaru dibuka di Cameron Highlands. Ianya adalah diuruskan secara persendirian oleh pemilik Cool Point Hotel. 

Kenapa nama Food Camp dipilih? Kerana pemiliknya adalah bekas pegawai askar berpangkat Kapten. Mudah bukan?

Terdapat 5 gerai yang diusahakan oleh pengusaha tempatan yang menawarkan makanan pagi dan tengahari antaranya seperti nasi lemak ayam berempah, laksa, nasi dagang, nasi kerabu, nasi ayam, mee kari dan juga terdapat masakan panas. 

Ruang tempat duduknya amat luas dan banyak kerusi serta meja disediakan malah terdapat pelantar laman duduk bersila juga turut disediakan.  

Manakala dihujungnya pula terdapa gerai masakan asam pedas Melaka yang menerima dan menyediakan masakan selepas ditempah atau diminta oleh pelanggan. 

Terletak di hujung hotel Cool Point menawarkan kemudahan kawasan meletak kenderaan yang luas. Kalau tidak cukup, sebelah kanannya pula bersambungan dengan tempat letak kereta MDCH yang amat luas seperti bas.

Sudah ada pilihan? Kami sekeluarga memang sudah mempunyai pilihan tetap tetapi sekali sekala bertukar selera menikmati makanan Melayu yang terhad di sini. 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock