TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, October 23, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Bunga Liar..Melostoma Malabatricum

Senduduk ... mungkin nama yang biasa anda dengar dan temui di kawasan lapang dan kebun. 

Ianya dianggap sebagai tanaman liar yang tumbuh sendiri dan menjadi musuh kepada petani dan peladang yang wajib dimusnahkan. 

Namun bukan menjadi sesuatu yang pelik pula sekarang ini jika anda mendapati ianya galak ditanam sepanjang jalan dan menjadi antara tambahan koleksi pokok hiasan di taman-taman dan juga persiaran. 

Senduduk yang atau dinamakan dalam istilah botani Melastoma malabathricum juga dikenali sebagai Malabar Melastone, Indian Rhododendron dan Singapore Rhododdendron. 

Tergolong sebagai pokok renek berbunga dan dikelaskan di dalam famili Melastomataceae.

Pokok Senduduk mudah ditemui di Negara China, Jepun Loas, Cambodia, Myanmar, India, Nepal, Philippines, Thaildand, Vietnam dan pastinya juga di negara kita Malaysia yang mempunyai ketinggian sekitar 100-2800 meter dari paras laut. 

Tahukah anda senduduk juga digunakan sebagai sumber bahan rawatan dalam perubatan tradisional dan antaranya dahulu saya semasa kecil kalau luka. 

Saya masih teringat ketika zaman kanak-kanak, saya akan mengambil daun senduduk dilenyek lumat dengan sedikit campuran air dan menampalkanya di tempat yang terluka untuk menghentikan pendarahan kecil.

Malah senduduk mempunyai banyak khasiat dan kelebihan lain sebagai bahan rawatan seperti penyakit cirit-birit, sakit gigi dan juga sakit perut. Pelbagai kajian yang dilakukan menemui rahsia tanaman ini. 

Anda boleh klik laman ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penemuan rahsia tanaman ini dalam rawatan moden.

Menarik laman ini kerana merupakan kajian khusus senduduk ini yang dilakukan oleh barisan penyelidik dari Malaysia dan anda akan menemui lebih banyak fakta mengenai tanaman senduduk ini termasuk asal-usulnya, botani dan pelbagai lagi. 

Daun sederhana besar dengan bentuk bujur dan urat daun yang jelas kelihatan. Dahan dan batangnya agak kecil tetapi keras. Mempunyai bunga yang berkelopak 5 yang ringkas bewarna unggu atau pun 'purple'. Sifatnya yang tahan matahari dan panas menjadikannya  kini sebagai pilihan untuk ditanam kerana mungkin kurang perlu penjagaan yang terliti.

Namun seperti yang saya katakan tadi, bagi peladang, ini adalah antara musuh tanaman yang perlu diperangi dan dimusnahkan kerana sifatnya yang mudah membiak dan berkembang di kawasan ladang yang sedikit panas. Malah tidak hairanlah jika di Amerika Syarikat ianya dikatergorikan sebagai noxious weed.

Di Cameron Highlands, anda boleh menemui pokok senduduk ini sebagai antara hiasan di tepi jalan seperti di Hospital Sultanah Hajah Kalsom.


Jika anda ke Stesen Mardi ianya juga dijadikan antara hiasan taman malah anda boleh membeli anak pokoknya dengan harga sekitar RM 5-8 sepokok di pusat jualan mereka. 

Yang dimusuhi kini menjadi rebutan dan pilihan ..

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock