TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Friday, August 3, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands : Bunga-bungaan siri 4

Jika anda telah membaca dan melihat siri yang pertama, kedua dan ketiga,  saya ingin mengucapkan terima kasih kerana anda telah melanjutkan ke siri yang kedua mengenai bunga-bungaan di Cameron Highlands ini.
Jika anda terus membaca dan melihat laman ini, saya suka untuk berkongsikan semula bahawa terdapat beberapa catatan terdahulu mengenai 'keluarga besar' bunga-bungaan yang telah saya muat naikkan.
Ini adalah catatan ketiga bagi siri bunga-bungaan di Cameron Highlands dan jika anda terlepas untuk siri catatan yang pertama, boleh diikuti dengan mengklik di SINI dan untuk siri yang kedua pula anda boleh klik di SINI. Manakala untuk siri ketiga boleh anda ikuti di SINI.

Mungkin petikan catatan yang lain ini boleh membantu anda mencari catatan saya yang terdahulu.. hanya klik di mana pilihan anda.
Untuk membaca catatan diatas yang terdahulu ini, anda klik sahaja di sini... Klik sini untuk catatan koleksi bunga ros atau klik SINI untuk catatan koleksi bunga daisy atau klik SINI untuk catatan bunga Raya atau klik SINI untuk catatan periuk kera. Klik SINI untuk orkid 1 dan SINI untuk orkid 2. Peminat Crisanthemun, Klik SINI dan peminat Kaktus pula Klik SINI.
Untuk siri 4 ini dan ke atas  saya sekadar ingin berkongsikan mengenai koleksi gambar-gambar bunga yang saya rakamkan sekitar Cameron Highlands. 
Mungkin sedikit tips-tips ini untuk mengambil gambar boleh saya kongsikan berdasarkan pemerhatian saya semata. Tetapi tips ini lebih kepada bagaimana untuk mendapatkan kebenaran atau adab mengambil gambar bukannya tips teknik mengambil gambar. Saya percaya ramai yang lebih pakar fotografi di luar sana yang boleh membantu anda.
Tips Pertama :Saya melihat ramai peminat fotografi yang selalunya akan mengambil masa yang lebih lama seedikit apabila mengambil gambar. Hampir kebanyakkan daripada pusat jualan menerima dan membenarkan anda mengambil gambar secara lebih 'detail' asalkan anda tidak mengalihkan atau mengubah kedudukan pokok bunga dan peralatannya.
Tips Kedua : Adalah lebih baik jika anda bertanya kebenaran pemilik ataupun penjual di nurseri semaian ini dahulu untuk mengambil gambar.
Saya perhatikan selalunya pengusaha orkid agak kurang memberi kebenaran mungkin kerana 'esklusif' di atas bunga orkid yang dihasilkan ataupun ada juga orkid hutan liar yang di jualan di premis mereka. Mungkin tidak mahu 'bukti' dirakamkan.
Tips Ketiga : Bukan semua penjual suka gambar diri mereka diambil seperti sebahagian daripada kita. Oleh itu mintak kebenaran dahulu malah anda mungkin akan terperanjat jika mereka akan memberi pose istimewa kepada anda kelak!!!
Gambar-gambar ini akan lebih jelas dan mudah dilihat jika anda klik salah satu imej di atasnya.    







Ikuti pula tips kelima saya mengenai bunga-bungaan di Cameron Highlands...

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock