TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, August 29, 2019

Kisah Wira Sebenar: PW 1 (B) Ielias Ibrahim

** HARI INI DALAM SEJARAH: 29 OGOS 1977 **

Pada hari ini (29 Ogos) pada tahun 1977, PW 1 (B) Ielias Ibrahim telah dianugerahkan Pingat Panglima Gagah Berani (PGB) oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Yahya Petra Ibni Almarhun Sultan Ibrahim di Istana Negara.


Beliau merupakan orang pertama yang dianugerahkan PGB dalam Rejimen Askar Wataniah. Bintang ini telah dikurniakan kepada beliau atas kejayaan membunuh 3 anggota komunis. Ketika itu Ielias berusia 21 tahun.

Pada 15 Ogos 1976 kira-kira pukul 9.30 pagi, Ielias dan empat anggota lain bertugas mengawal pembinaan Lebuh Raya Timur Barat dekat Banding, Perak. Tiba-tiba kumpulan ini diserang musuh dari kawasan atas bukit. Dalam keadaan tembakan yang bersimpang-siur, seorang anggota tentera terkena tembakan semasa cuba mengambil perlindungan dan meninggal dunia manakala seorang lagi ditembak di perut, pinggang dan belakang semasa meninjau kedudukan musuh.

Sejam kemudian, terdengar bunyi ketukan buluh oleh musuh berserta arahan dalam bahasa Cina mengarahkan mereka berkumpul membuat penggeledahan ke atas pasukan tentera yang cedera.
Ielias yang berlindung tidak jauh dari situ terlihat dua musuh sedang bergerak turun dari atas bukit.

Beliau yang cedera di bahagian mata akibat terkena duri pokok dengan berhati-hati menenang ke arah musuh. Satu das tembakannya mengenai PEHA salah seorang musuh sebelum membalasnya dengan tembakan automatik.


Ielias menembak sedas lagi mengenai KEPALA musuh tersebut lalu tersungkur. Seorang lagi musuh merapati dan cuba mengambil senjata rakannya yang terbunuh tadi, malangnya semasa dia mencari perlindungan, sebutir lagi tembakan Ielias hinggap mengorbankan dirinya. Pada jarak 30 kaki, Ielias yang bersenjatakan raifal SLR dapat melihat empat lagi musuh cuba merapati kedudukannya. Dengan semangat berkobar-kobar, beliau melepaskan sedas tembakan menyebabkan seorang lagi musuh MATI di situ juga.

Kesimpulannya, dengan hanya lima butir peluru, tiga komunis 'KOJOL' dek bedilan senjata dari Ielias! Kesemua pengganas tadi kemudian lari dari situ.

# Ada keturunan komunis mengaku secara terang-terangan yang konon datuknya adalah pejuang kemerdekaan !!! Kebabian sungguh... 

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock