TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands : Burung Tiong Sawah ( Jungle Myna)



Saya rasa ini adalah Burung Tiong Sawah atau juga dikenali sebagai Tiong Hutan. Nak letak Tiong Jambul Jawa rasanya agak samar-samar pula sebab tak banyak pula jambulnya.

Jadi saya letakkan dulu sebagai Tiong Sawah. Jika ada pembetulan saya betulkan kelak.

Ini adalah kali kedua saya kongsikan spesis ini namun untuk album ini lokasi burung ini di Melaka dan bukan di Cameron Highlands.

Biasa sahaja burung ini asalkan dia bagi pose yang mudah nak rakamkan saya layan aje...

Nama enggerisnya adalah Jungle Myna.

Nama saintifiknya Acridotheres fuscus dan subspesisnya di semenanjung Malaysia adalah Acridotheres fuscus torquatus.

Dikawasan yang sama saya temui juga burung tiong gembala kerbau atau Common Myna yang biasa ditemui.




No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock