Balik melaka mencari Burung semalam dapat ayam dan kali ini dapat itik.
Masih sama sahaja. Jenis berkepak dan keluarga burung jugak.
Selain dengan nama Itik Belibis, 'Lesser Whistling Duck' ini juga dikenali dengan nama tempatan yang lain iaitu Belibis Kembang, Burung, Burung Bebenyut, Burung Belibis Kecil, Itik Belibis, Itik Danu/Danau, dan Itik Hulu.
Saya menemui burung ini bergerak sepasang mencari makanan di kawasan sawah di kampung mertua saya.
Jarak mereka dan saya agak jauh sekitar 50 meter namun pergerakan mereka seakan jinak dan tidak terbang. Mungkin sudah biasa dengan manusia di sawah dan waktu mereka mencari makanan. Cuma bila nak lebih dekat mereka mula bergerak ke petak sawah yang lebih dalam dan makin menjauh tetapi tidak terbang seperti burung lain.
Rujukan yang saya baca mendapati burung atau itik ini diberikan nama saitifiknya Dendrocygna javanica bagi spesis di Asia Tenggara dan India dan mula dikatalogkan mengikut Horsfield pada tahun 1821
No comments:
Post a Comment