TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Lesser Coucal @ But-But Kecil

Lesser Coucal @ But-But Kecil

Burung 'Lesser Coucal' ini saya temui lewat petang tadi semasa dalam perjalanan balik kerja.

Burung ini adalah kali pertama saya jumpa. Bulan lepas saya jumpa 'Greater Coucal' atau 'But But Carik Anak'

Saya telah kongsikan dalam album di facebook ini. Anda boleh bandingkan perbezaan di antara dua sub-spesis ini.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan But-but Kecil atau Butbut Kecil.

Nama saintifiknya adalah Centropus bengalensis dan bagi sub-spesis sekitar Semenanjung Malaysia, Borneo, Sumatera, Kepulauan Jawa, Palawan dan Filipina adalah Centropus bengalensis javanensis mengikut Clement List yang mula dikatalogkan seawal 1818.

Burung ini mempunyai gabungan warna perang dibahagian kepak manakala dadanya bercarikan dengan warna hitam putih.

Yang ini adalah peringkat dewasa tetapi carian saya mengenai peringkat juvenile nampaknya agak menarik dengan warna ekornya yang berbelang merah.

Doakan saya menemui yang juvenile kelak.







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock