TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Red Whiskered Bulbul @ Merbah Telinga Merah



Dah lama tak mengambil gambar burung di Cameron Highlands.

Semalam saya menemui burung ini di kawasan kerja saya dan ianya amat jarang ditemui sejak kali terakhir sudah lebih setahun di lokasi yang sama.

Burung Red Whiskered Bulbul atau dikenali dengan nama tempatan sebagai Merbah Telinga Merah ini adalah dari keluarga burung merbah.

Ia juga dikenali dengan nama tempatan yang lain sebagai Burung Merbah Pipi Merah Dan setengah kawasan mengelarnya sebagai Burung Merbah Berjambul.

Manakala nama saintifiknya adalah Pycnonotus jocosus dan bagi subspesis yang ditemui di sekitar kawasan Thailand dan Malaysia adalah Pycnonotus jocosus pattani dan mula dikatalogkan mengikut Linnaeus pada tahun 1758.

Burung ini sedikit unik berbanding dengan merbah yang biasa yang mudah ditemui iaitu ianya berjambul dengan telinga atau pipinya bertompok merah.

Suara kicauannya sering memikat pengemar burung merbah menjadikannya buruan untuk dipelihara.







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock