TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung: Little Egret @ Bangau Kecil



Burung 'Little Egret' ini saya temui di Melaka minggu lepas.

Ini adalah koleksi kedua burung ini di mana koleksi pertama adalah versi yang ditemui di Cameron Highlands.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Bangau Kecil atau Burung Bangau Ular.

Cuma saya masih tak pasti adakah sub spesis di Malaysia ini sama yang ditemui di Indoensi atu Filipina iaitu Egretta garzetta nigripes.

Burung ini bersaiz sedikit kecil berbanding Great Egret yang saya temui di lokasi yang sama sekitar 2 bulan yang lalu semasa mengundi.

Beza antara bangau besar dan kecil adalah saiznya yang jelas kelihatan tetapi yang paling mudah adalah warna paruhnya berbeza yakni yang kecil berwarna hitam manakala yang besar bewarna kuning. Warna kaki mereka sama yakni hitam.

Burung bangau kecil ini yang saya temui ketika sedang menangkap ikan puyu sebagai sarapannya. Manakala kalau ada masa koleksi santai yang lain akan saya kongsikan.








No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock