TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Rusty-breasted Cuckoo (Burung Sewah Dada Oren)

Sebaik sahaja saya dapat zoom ke bahagian mata burung ini, saya terus meneka ini mesti dari keluarga Cuckoo atau Burung Sewah.

Kenapa? Kerana matanya yang bulat berlingkaran kuning atau keemasan.

Burung Rusty-breatsed Cuckoo atau dikenali dengan nama tempatan Burung Sewah Gila selain Burung Sewah Dada Oren ini saya temui di laman kerja saya.

Burung ini bersaiz sekitar 20-25 cm dengan warna kepalanya kelabu dan dadanya oren. Manakala bahagian belakangnya agak perang dan ekornya pula berbelang hitam putih.

Nama saintifiknya Cacomantis sepulcralis dan subspesis yang ditemui di Semenanjung Malaysia adalah Cacomantis sepulcralis sepulcralis.

Ketika gambar ini diambil saya gunakan ISO 1000 kerana hampir gelap dan menggunakan kamera D90 yang berjasa sejak 9 tahun dahulu...








No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock