TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung: Oriental Pied Hornbill (Enggang Belulang)

Burung Oriental Piep Hornbill ini bukan saya temui di Cameron Highlands tetapi di sekitar Ipoh semasa ada urusan kerja tengahari tadi. 



Burung ini adalah kali pertama saya temui secara berdepan di kawasan terbuka berbanding di Zoo Negara dan Taman Burung.

Saya agak teruja dan bukan seekor tetapi 3 ekor dalam kawanan ini. Namun seekor lagi berada menyorok sampai sudah.

Burung ini adalah dari keluarga Enggang dan dikenali dengan nama tempatan Enggang Belulang. Terdapat 5 sub spesis dalam keluarga ini. Nama lainnya tetapi saya tak pasti sama sub spesis atau tidak adalah Burung Enggang Kelingking dan Burung Enggang Lilin,

Burung enggang ini adalah terkecil dalam keluarganya namun adalah sub spesis yang paling mudah menyesuaikan diri dalam apa jua bentuk persekitarannya.

Nama saintiknya adalah Anthracoceros albirostris.

Burung ini mempunyai paruh yang unik dan besar. Dari pembacaan saya, yang berparuh besar adalah si jantan dan yang kecil adalah betina.

Burung jantan amat setia dan bertanggungjawab sebab sepanjang tempoh bertelur dan berpantang, burung betina tidak akan keluar dengan hanya duduk di dalam sarangnya iaitu lubang kayu dan si jantan ini akan mencari makanan dan menyuapkan kepada si betina sehinggalaj anak-anak mereka mampu keluar dari sarang tersebut...









No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock