TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Little Pied Flycatcher (Burung Sambar Gunung)

Burung Little Piep Flycatcher ini saya temui di laman kawasan kerja saya di Tanah Rata.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Sambar Gunung, Burung Sambar Hitam-putih dan Burung Sambar Kecil Gunung.

Saya pada awalnya tidak menjangka ini Burung Sambar Gunung kerana yang saya kenali bewarna hitam putih dan menjangkakan ia adalah Large Niltalva.

Namun dibetulkan oleh salah seorang rakan otai birder dan ini adalah burung peringkat anak atau juvenile.

Nama saintifiknya adalah Ficedula westermanni dan subspesis yang ditemui di Semenanjung Malaysia adalah Ficedula westermanni westermanni.

Burung ini kecil sahaja iaitu sekitar 10 cm sahaja dengan warna bagi peringkat usia juvinile ini adalah kelabu dan bahagian kepalanya berbintik-bintik.

eHanya selepas beberapa ketika bahagian bulunya akan bertukar menjadi jalur hitam putih sehingga seluruh badan dan kepalanya akan bewarna hitam dan putih sepenuhnya.

Burung ini agak lincah dari dahan ke dahan dan yang saya temui ini agak jinak dan seringkali berada di lokasi yang sama pertemuan kami seminggu ini.

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock