TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Long Tailed Shrike


Burung 'Long Tailed Shrike' sudah banyak kali saya temui namun bukanlah mudah untuk merakamkan gambarnya bagi saya kerana kesukaran mencari set up aperature yang bersesuaian dengan warnanya dan latar belakangnya.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan 'Burung Tirjup Ekor Panjang' kerana berekor panjang berbanding subspesisnya yang lain .

Dari rujukan yang saya baca, untuk sub-spesis di Semenanjung Malaysia, ia diberi nama saintifik sebagai Lanius schach dan mula dikatalogkan taksanominya pada tahun 1758 mengikut Linnaeus.

Burung ini saya temui di beberapa lokasi dari Lembah Bertam sehinggalah ke belakang apartment saya. Ke atas Brinchang dan Kea Farm masih belum ada seekor burung pun saya tangkap gambar setakat ini.

Saya dah dapat bezakan antara Burung Brown Shrike dan Long Tailed ShrIke dan album Brown Shrike saya kongsikan kemudian kerana baru ada 3 gambar yang ok setakat ini.










No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock