Nama Burung Merbuk Balam ini sengaja saya gunakan untuk koleksi burung terkukur kali ini.
Ramai orang mengenalinya sebagai 'burung terkukur' tetapi pada masa yang sama ianya dinamakan secara rasmi sebagai Merbuk Balam.
Burung ini mudah dikenali dengan tompokan hitam dan putih di lehernya,
Di Cameron Highlands setakat ini pada penemuan saya, hanya burung Merbuk Balam yang ditemui dan saya belum lagi menemui mana-mana adik beradik spesisnya.
Nama saintifiknya adalah Streptopelia chinensis dan sub spesis yang ditemui di sekitar Semenanjung Malaysia adalah Streptopelia chinensis tigrina.
Panggilan dalam bahasa enggeris adalah Spotted Dove.
Burung ini saya tak pasti adakah ianya spesis lindungan kerana ada dijual di kedai haiwan.
Apapun saya sekadar suka menangkap gambarnya kerana ia bersaiz besar, tidak terlalu liar dan sentiasa mudah ditemui.
Kalau gian nak memetik butang kamera, inilah target utama saya di kawasan tempat kerja saya. Terima kasih merbuk balam... anda menyerikan aktiviti harian saya dengan mudah...
No comments:
Post a Comment