TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung : Black-backed Swamphen @ Burung Ayam Air @ Burung Pangling



Lama tak berkongsi gambar burung. Tapi yang ini bukan di Cameron Highlands tetapi di Melaka semasa balik raya di rumah mertua. Saya temuinya bermain idan mencari makanan di sawah yang sedang ditanam padi musim tengah tahun.

Burung 'Black-backed Swamphen' ini dianggap sebagai sub-spesis bagi 'Purple Swamphen' bagi Kawasan Semenajung Malaysia, Selatan Myanmar, Thailand dan Indochina. Burung ini diberikan nama saitifik sub spesisnya sebagai Porphyrio indicus viridis: dan mula dikatalogkan mengikut Horsfiel pada tahun 1821.

Burung ini dikenali dengan panggilan tempatan yang pelbagai seperti Burung Ayam Air atau Burung Pang(u)lin atau Burung Pangling atau Burung Pangling Ungu.

Burung bewarna unggu ini namanya 'swamphen' adalah dari bahasa German yang bemaksud unggu. Namun bagi sub spesis ini kelihatan warna hitam yang ketara dibahagian atas punggungnya sehingga ke bahagian kepak.

Saiznya agak besar seperti ayam namun akan bergerak di air dan boleh terbang dari pokok ke pokok.

Banyak juga saya temui burung ini minggu lepas ekitar 4 ekor dalam kumpulannya.








No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock