TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Silver-eared Mesia @ Rimba Telinga Perak



Burung Silver-eared Mesia ini saya temui tidak terkira banyaknya di Cameron Highlands.

Saya rasa ini adalah album kedua yang saya kongsikanmengenainya.

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Rimba Telinga Perak atau Burung Rimba Pipi Perak atau Burung Rimba Telinga Putih.

Manakala nama saintifiknya adalah Leiothrix argentauris dan sub spesis yang ditemui di kawasan pergunungan di Semenanjung Malaysia adalah Leiothrix argentauris tahanensis,

Adakah diambil sempena penemuan di sekitar Gunung Tahan? Mungkin ya sebab dari rujukan di Clement List semuanya melibatkan kawasan tanah tinggi dan pergunungan di beberapa lokasi seluruh dunia.

Burung ini kurang 20 cm dengan warna kuning yang terang serta warna merah dibahagian ekor, berkepala hitam dan telinga bewarna putih atau perak yang menjadi identiti namanya.

Ia bergerak secara berpasangan dan sangat aktif semasa musim mengawannya seperti yang saya temui dikawasan parkir bawah rumah saya ini.






No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock