TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Sunday, August 25, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Helang Siput (White-bellied Fish-Eagle)



Saya namakan sementara gambar burung ini sebagai Burung Helang Siput. Jika ada pembetulan dari otai-otai, saya betulkan kemudian ya.

Mulanya saya menyangka ia adalah Helang Tikus atau Black-shouldered Kite, tapi melihat ciri-ciri kepalanya saya memilih sebagai Helang Siput.

Burung Helang Siput ini saya temui semasa dalam perjalanan ke tempat kerja dari jarak 500 meter kerana ia bersaiz besar sekitar 2 kaki lebih dan bertenggek di atas pokok kayu kering yang tinggi.

Saya singgah sekejab dan cuba merapati burung ini namun dia beralih ke pokok yang lebih tinggi dan makin jauh sekitar 300 -400 meter dan tingginya hampir 50 meter.

Sakit hati bukan kepalang .Sudahlan panjang maksimum lens saya sekadar 200 mm sahaja. Halus sahaja gambarnya dan bila dicrop terlalu banyak noise dan kabur.

Nama tempatan yang lain adalah Burung Helang Laut, Burung Helang Siput, Burung Lang Siput.

Satu lagi sumber pembacaan menyebut namanya sebagai Burung Helang Perut Putih namun semuanya berkongsikan nama saintifik yang sama.

Burung Helang Putih ini dikenali dengan nama enggerisnya sebagai White-bellied Fish-Eagle.

Manakala nama saintfiknya adalah Haliaeetus leucogaster.

Saiznya sangat besar melebhi 60 cm atau dua kaki lebih dan paruhnya pendek melengkung. Perutnya bewarna putih seghingga ke kepala dan matanya berlingkar hitam.

Burung ini saya temui dua kali setakat ini dan terbaru minggu lepas tetapi sekejab sangat sebelum ia terbang tak kembali..

Kena perhati lagi laluan kerja saya ini,.. semoga ditemukan dengan lebih dekat dan mesra.

Gambar berkualiti sekadarnya sahaja... moga3 tercapai impian 200-500 mm... Amin.. 










No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock