Burung Lang Kuik ini saya temui banyak kali dan pernah saya kongsikan dalam album terdahulu. Kali ini masih di laman kerja saya di Lembah Bertam namun ini adalah jarak terdekat saya dengannya iaitu sekitar 20 meter lebih sahaja berbanding 50 meter lebih dalam pertemuan kami terdahulu.
Burung ini dikenali dengan nama tempatan yang lain seperti Helang Berjambul dan Helang Kuik.Manakala nama engeris adalah Crested Serpent-Eagle dan nama saintifiknya pula Spilornis cheela. Bagi subspesis yang ditemui di Semanjung Malaysia ianya dikenali dengan nama Spilornis cheela malayensis.
Burung ini memang bersaiz besar iaitu sekitar 50–74 cm dan beratnya boleh menjangkau 2 kilogram.
Burung Helang Kuik ini mencari makanan dari atas pokok seperti ular, katak, tikus malahan burung.Tak lama pertemuan kami kali ini iaitu sekitar seminit dua sahaja sebelum dia menyedari kehadiran saya lalu terbang dan hinggap di pokok mati pula sebelum terbang tinggi selama 5 minit dan menghilang.
No comments:
Post a Comment