TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, August 26, 2019

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Helang Lebah (Oriental Honey-buzzard)


Dalam 2 minggu ini banyak pula peluang untuk menangkap gambar spesis Helang di Cameron Highlands. 

Alhamdulillah. Sekali sekala dapat mengambil gambar bersaiz besar dan pemangsa yang digeruni.

Ini adalah Burung Helang Lebah. Dipanggil dalam bahasa enggerisnya sebagai Oriental Honey-buzzard atau juga Crested Honey Buzzard.

Manakala nama saitifiknya adalah Pernis ptilorhynchus dan bagi sub spesis yang ditemui di Semanjung Malaysia dan Borneo malah di Sumatera adalah Pernis ptilorhynchus torquatus.

Burung ini bersaiz besar sekitar 50 cm ke atas dan mempunyai paruh tajam yang pendek.

Bulunya berbentuk perang tua dan bercorak kelam seolah-olah penyamaran kulit kayu.

Ia dikenali sebagai pemangsa yang ganas dan mencari makanan seperti ular, biawak, tikus dan sebagainya.

Burung ini hinggap rendah di pokok paku pakis gergasi tidak terlalu lama dan suka rmendapat sudut yang berlatar hijau dibelakang. Nak bergerak takut dia terbang.

Maklumah .. lensa pendek sahaja... Tapi cukuplah gambar-gambar ini sebagai arkib simpanan saya semata..









 






No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock