Hari ini rasa lega sedikit di Cameron Highlands selepas dua minggu menerima pelancong di musim cuti sekolah bulan 6 selama 2 minggu.
Saya nak berkongsikan sedikit pemerhatian saya sepanjang tempoh tersebut.
Juga saya kongsikan sedikit pemerhatian rakan-rakan yang saya temui.
Antaranya:
Cuti yang panjang membuatkan tidaklah terlalu sesak di Cameron Highlands kerana pelancong tempatan mempunyai pilihan tarikh yang lebih banyak berbanding cuti semasa Hari Pekerja yang pendek dan sangat padat.
Hanya terasa sangat sesak pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan paling sesak pada minggu kedua.
Suasana sesak masih terasa di sekitar kawasan tumpuan pelancong khasnya di Brinchang dan ke Lavendar Garden. Laluan menjadi sempit kerana banyak kereta diparkir sepanjang bahu jalan.
Bercakap mengenai Lavendar Garden di Tringkap, kawan saya kata akhirnya banyak pula pokok lavendar di tanam di permulaan masuk ke taman tersebut. Saya pernah mengatakan dalam catatan saya seawal kunjungan saya terdahulu mereka menanam ajuga bukannya lavendar tetapi masih berwarna unggu.
Harga sewaan apartment sekitar RM 250 hingga RM 300 semalam. Harga biasa di waktu cuti dan bukannya harga tak masuk akal seperti cuti hari pekerja yang lalu.
Kebanyakan kiosk di Taman Sedia ditutup seawal pukul 5 petang kerana kehabisan stock jualan.
Ladang teh di Sungei Palas tetap sesak teruk. Lebih teruk laluan masuk yang rosak akibat kerja-kerja pembinaan di sebelahnya. Malah ada yang kata ada kereta yang tercabut bumper!!
3 comments:
Saya cuma nak menyentuh pasal landskap di Cameron Highland. Saya rasa majlis bandaran/pihak berkenaan kurang menanam bunga di pinggir jalan. Sepatutnya sebagai tempat percutian yang terkenal dengan perniagaan bunga hiasan, pihak majlis patut perindahkan setiap jalan dan tempat awam dengan pokok2 hiasan yang menarik. Kalau tidak silap saya cuma pokok lily/kimcan yang banyak ditanam dipinggir jalan dan satu dua jenis bunga. Kebanyakkan jalan dipenuhi lalang atau kosong begitu sahaja.
Saya tak dapat untuk tidak bersetuju dengan pendapat Puan Normala.
Seperti yang dinyatakan memang kelihatan seperti yang dinyatakan di mana lanskap yang dibuat sekitar Cameron Highlands tidak boleh dikatakan membanggakan.
Sukar untuk mencari sudut yang menarik untuk bergambar dengan latar belakang bunga-bunga kecuali di premis persendirian seperto taman agrotourism dan juga kiosk jualan.
Imej perbandaran taman tidak dapat dilihat di Cameron Highlands dan jika ada sudut mini lanskap di selekoh jalan dibuat tanpa memberikan imej tersendiri malah dikatakan sekadar cukup makan atau ala kadar sahaja.
Jika di bawah bandar anggerik akan kelihatan banyak anggerik di Cameron Highlands tiada.
Cuma naik taraf taman pertabalan dan juga tempat letak kereta yang bernilai RM 2 juta yang dalam pembinaan masih tidak pasti apakah bentuknya.
Saya akan majukan cadangan puan kepada pihak MDCH.
Terima kasih.

Post a Comment