Catatan kali ini adalah berkaitan dengan catatan Zoo Belon @ Tanah Rata yang saya kongsikan terlebih dahulu.
Dan kali ini saya membawa anak-anak kecil saya ke sana dan ternyata dengan RM 10 seorang selepas menggunakan kupon diskaun, anak-anak saya sangat menikmati permainan di sana.
Bukan sekali tetapi dua kali mereka mengulangi memasuki zoo belon ini iaitu di waktu pagi dan sesi petang sekitar 5 jam secara keseluruhannya. '
Melihat mereka bergembira di hari cuti sekolah mereka cukup membuatkan saya turut bergembira.
Sekitar gambar-gambar mereka di Zoo Belon di Tanah Rata pada musim cuti sekolah bulan 6 , 2015 yang lalu saya kongsikan di atas.
No comments:
Post a Comment