TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Tuesday, June 23, 2015

Kebun Daun Pudina di Cameron Highlands

Anda suka daun pudina?


Pelbagai khasiat daun pudina seperti antiseptik, antipenghadaman, antivirus dan 18 jenis khasiatnya yang boleh anda ketahui dengan membaca di laman web yang menjadi rujukan saya mengenainya. Klik .

Untuk catatan ini saya ingin berkongsikan kebun daun pudina yang saya kunjungi di Cameron Highlands. 


Kebun ini terletak di Lembah Bertam dan tidak dibuka kepada awam dan diusahakan secara kormersial.

Tanaman seluas setengah ekar ini sepenuhnya hanya pudina sahaja. 


Dengan dua pekerja Indonesia separuh masa, pengusaha kebun ini hanya memerlukan penjagaan minima di mana hanya memerlukan pengairan jika tiada hujan secara manual, tiada pembajaan diperlukan dan sesi penuaian dilakukan seminggu tiga kali  mengikut permintaan. 


pokok yang telah dituai akan dibersihkan batas tanaman tanpa menganggu akar pokok yang ditinggalkan semasa menuai daunnya. 


Batas tanaman ini akan dibiarkan dalam tempoh 3 bulan sebelum pokok baharunya akan dituai semula. 

Saya suka untuk singgah ke kebun ini kerana baunya sangat wangi di waktu pagi dan tengahari serta ketika dituai oleh pekerja.


Menurut kata pekerja Indonesia tersebut harganya sekitar RM 2 hingga 5 setiap kilo bersih yang dipotong mengikut musim.

Selebihnya saya tinggalkan anda dengan koleksi gambar sekitar kebun daun pudina ini. 


Daun pudina segar yang saya dapat dari kebun ini saya campurkan dalam air teh panas menjadi air teh pudina ketika berbuka puasa petang semalam ... 

Sangat menyegarkan ... 






1 comment:

Normala Saad said...

Ohh...subur, segar dan cantiknya daun2 dia. Saya perasan tak ada lansung daunnya yang dimakan ulat...

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock