TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Monday, June 8, 2015

Kebun Jagung di Cameron Highlands

Antara ikon atau produk pertanian di Cameron Highlands yang mendapat sambutan hangat selain strawberry adalah Jagung Mutiara.


Jagung Mutiara yang juga dikenali dengan nama jagung Cameron memang menjadi antara pilihan wajib untuk dibeli dan dibawa pulang. 

Buahnya berwarna kuning dan bercampur putih seperti mutiara yang akhirnya menjadi jolokon nama jagung ini.


Di tanam di Cameron Highlands dengan teknik plot tanaman terbuka dan biasanya mengambil masa sekitar 75 -90 hari untuk baru boleh dipetik. 

Saya tidak mempunyai koleksi gambar buah yang matang untuk dikongsikan namun kali ini saya nak berkongsikan gambar kebun tanaman jagung mutiara di Lembah Bertam dengan anda. 



Saya tidak menanam jagung ini tetapi ada kebun yang saya pergi ini sedang menanamnya dan dijangka sekitar 3 minggu dari tarikh kunjungan saya buahnya akan matang. 


Jagung mutiara rasanya amat manis dan boleh dimakan begitu sahaja namun jika mahu dimasak ianya mestilah dikukus sekitar 5 minit sahaja dan dinikmati. 


Jangan direbus kerana akan menukar rasa dan teksturnya. 

Malah boleh juga dibakar diatas api sekadar beberapa minit sebelum dinikmati.  


Namun sejak 5 tahun kebelakangan ini, banyak peniaga membawa jagung dari bawah seperti Chemor, Kampar dan Simpang Pulai yang seakan-akan dengan jagung ini. 

Saya tidak dapat menasihatkan anda bagaimana perbezaan yang boleh dibuat kerana tidak mahir dalam menentukan keasliannya. 

Jagung Mutiara Cameron Highlands yang asli dijual sekitar RM 2 -3 sebatang bagi gread AA .


Selamat menikmati jagung tersebut dan saya belanja anda dengan gambar-gambar sekitar kebun jagung yang saya pergi minggu sudah.
  

No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock