TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Wednesday, June 24, 2015

Kebun Sawi Panjang di Cameron Highlands

Kali ini saya nak berkongsikan kebun Sawi Panjang yang saya kunjungi miggu sudah di Jalan BOH Habu. 


Rupanya bukan dua jenis sahaja jenis yang sawi sahaja tetapi ada Sawi Jepun, Pahit, Bunga dan Panjang hasil sembang-sembang dengan pemilik kebun tersebut. 

Dan kebun yang saya pergi itu sedang menanam sawi panjang tetapi masih di peringkat awal tanaman.


Sawi panjang memang sangat diminati dan banyak permintaan dari pasaran.


Ianya ditanam di kebun terbuka dan ada yang ditanam di dalam rumah plastik tetapi masih menggunakan tanah. 


Juga menggunakan baja organik seperti tahi ayam yang digemburkan di atas batas tanamam. 


Sistem pengairan juga menggunakan sistem pengairan yang ringkas iaitu sprinkler. 

Sawi panjang memerlukan 45 hari dari mulai dipindahkan ke batas tanaman utama sebelum dituai dan dipasarkan kepada anda.


Buat permulaan saya kongsikan kebun sawi panjang pada peringkat awal tanaman dan Insyallah nanti jika saya bertemu kebun sawi panjang yang sudah matang akan saya tambah pula gambar tersebut.







No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock