TAIP KATA KUNCI CARIAN ANDA DI SINI:

Thursday, June 18, 2015

Pekerja Kebun Sayur di Cameron Highlands

Saya ada menulis catatan bagaimana sumbangan pekerja asing dalam industri pertanian di Cameron Highlands.

Saya juga ada berkongsikan bagaimana pula pekerja asing ini mengapdatasikan diri mereka bukan sekadar pekerja di kebun sayur tetapi ada yang menjadi pemilik kebun sayur yang mana pernah menjadi isu besar mereka telah menawan Cameron Highlands.

Untuk catatan kali ini saya sekadar nak berkongsikan beberapa keping gambar pekerja di kebun sayur yang pernah saya temui.


Adakah mereka sah ataupun tidak saya tidak boleh komen kerana tidak memeriksa mereka sebaliknya bersembang-sembang sahaja mengenai perjalanan kehidupan mereka.  

Itu sahaja.. ada banyak sebenarnya tetapi saya sekadar berkongsikan beberapa dan mungkin dalam catatan kedua dan seterusnya mengenai mereka. 


Cuma satu sahaja yang saya nak ingatkan anda dan diri saya, mereka ini mungkin dari dunia ketiga yang mundur dan jauh kebelakang dari segi sosia budaya dan kemajuan namun mereka menyumbang sesuatu kepada kita demi mencari rezeki mereka yang mana hanya segelintir dari kita mahu dan mampu melakukanya iaitu bertani. 


Dan mungkin ketika anda berbuka nanti sayuran yang anda jamah itu adalah dari keringat dan ketekunan mereka menanamnya di Cameron Highlands sebagai Pekerja Kebun Sayur.  






No comments:

KOLEKSI CATATAN:

My Photo Collection @ Shutterstock