Semalam dan hari ini telah berlangsung Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia peringkat Negeri Pahang dan kali ini berkonsepkan sambutan dalam komuniti dan telah diadakan di Stesen Mardi Tanah Rata.
Ada beberapa program yang telah dijalankan untuk memastikan penglibatan komuniti dalam acara sambutan yang mana pada tahun ini Negara Itali adalah tuan rumah bagi sambutan peringkat dunia.
Saya tertarik dengan maklumat pameran dari agensi kerajaan dan pihak TNB.
Nanti saya kongsikan gerai pameran mereka.
Program ini telah tamat petang tadi.
Tahniah kepada warga Jabatan Alam Sekitar yang berjaya menganjurkan acara ini yang kecil saiznya tetapi berjaya dekat kepada komuniti.
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.
No comments:
Post a Comment